“Gapo dio nok oyak ko mamajee..” Neelofa Tunggu Depan Kaabah Untuk Kirim Doa Fatimah Buat Adamdidam

Sokongan moral yang diberikan pengacara Neelofa kepada anak saudaranya, Fatimah yang terkesan dengan kehilangan bapa saudara kesayangannya iaitu Adamdidam yang digelar mamajee mendapat perhatian netizen.

Menerusi posting Thefamily.uk, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd noor, 30, sempat menghubungi dan bercakap dengan Fatimah untuk meredakan kesedihan kanak-kanak itu.

“Minggu lalu Allah telah menghantar bidadari (Neelofa) datangnya dari tanah suci Makkah. Saya berhasrat untuk berkongsi mengenai kisah ini sejak minggu lepas lagi tetapi saya tidak mampu menggambarkan betapa besarnya kasih sayang dan sokongan yang telah bidadari itu berikan kepada kami.

“Dia mungkin tidak dapat berada di sini bersama kami, tetapi dia telah berusaha sedaya upaya malah berkorban masanya untuk kami.

“Dia meluangkan masa untuk bercakap dan tunjukkan kepada Fatimah rumah Allah (Kaabah) untuk meredakan kesedihan Fatimah,” tulisnya.

Lofa dan Adamdidam pernah mempunyai program masakan bersama.

Perkongsian menyentuh hati itu dimuat naik di laman Instagram thefamily.uk pada petang Khamis.

Menerusi paparan skrin itu, Neelofa yang menggelarkan dirinya aunty Love bertanya jika ada doa yang ingin dikirimkan memandangkan dia kini berada di hadapan Kaabah.

“Kak Ila (ibu Fatimah) kalau Fatimah nak facetime anytime now until the next three hours boleh sebab Love ado depan Kaabah. Maybe boleh tanya gapo dio nok lepas atau oyak ko mamaje dio so that auntyLove boleh tolong oyak ko Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, menurut keterangan itu lagi, Neelofa juga sanggup menunggu begitu lama di hadapan Kaabah semata-mata untuk menghubungi semula adik-beradik Fatimah iaitu Omar Mukhtar dan Ali.

Bukan itu sahaja, pengacara jelita itu juga sentiasa bertanya khabar dan prihatin terhadap emosi kanak-kanak itu.

Antara catatan yang dimuat naik thefamily.uk

“Bukan itu sahaja, dia juga sanggup tunggu begitu lama di hadapan Kaabah sehingga lepas waktu solat Isyak semata-mata untuk bercakap pula dengan Omar Mukhtar dan Ali.

“Dia juga sentiasa bimbang dan bertanyakan khabar mengenai Fatimah. Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan betapa bersyukurnya kami dikurniakan seorang bidadari cantik yang sentiasa mendoakan kami sekeluarga.

“Semoga Allah merahmati jiwanya yang murni dan jauhkan dia dari segala keburukan. Mamajee pasti akan gembira jika dia tahu anak-anak kesayangannya sentiasa dikelilingi rasa kasih dan sayang daripada aunty Love mereka,” katanya.

Ramai mengetahui Fatimah bersama adik-beradiknya iaitu Omar Mukhtar dan Ali begitu rapat dengan bapa saudara mereka, Adamdidam.

Tiga beradik itu popular dengan video bertutur dalam dialek Kelantan walaupun membesar di Birmingham, United Kingdom.

Chef selebriti, Adamdidam atau Muhammad Adam Mahamed Ismail meninggal dunia pada usia 29 tahun akibat jangkittan paru-parv.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di KLMENJERIT.GA

Sumber: mstar

Be the first to comment on "“Gapo dio nok oyak ko mamajee..” Neelofa Tunggu Depan Kaabah Untuk Kirim Doa Fatimah Buat Adamdidam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*