Pengakuan Berani Adam Lee Bila Ditanya Hubungannya Dengan Sweet Qismina

Siapa sangka perkenalan dan gandingan dalam drama Adam Chempaka yang sedang ditayangkan di TV3 menerusi slot Lestary adalah titik bermulanya bait-bait cinta antara pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina.

Adam mengakui sangat selesa berkawan dengan Sweet semenjak perkenalan mereka sekitar Oktober lalu.

”Kami mula berkenalan sekitar Oktober lalu. Kami tak sangka hubungan yang mulanya sekadar kawan menjadi lebih serius. Alhamdulillah saya selesa dengannya dan kami saling mengenali dengan lebih rapat.” Katanya

Menurut Adam, Sweet seorang yang baik serta seorang wanita yang bijak.

“Bagi saya dia seorang yang baik hati dan bijak. Doakan hubungan ini berkekalan dan dipermudahkan urusan.” Tambahnya.

Adam turut berkongsi bahawa dirinya sebelum ini tidak pernah terfikir untuk menjalinkan hubungan cinta dengan rakan artis yang digandingkan dengannya. Tetapi, lain pula dengan Sweet kerana beliau berasa istimewa mengenali wanita itu. Sumber xtra

 

Dalam artikel berlainan, “Sweet Qismina selesa di sisi Adam”

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sweet Qismina, memilih untuk tidak mendedahkan sejauh mana hubungannya dengan bakat baharu, Adam Lee. Bagaimanapun, kata Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 itu, dia selesa berkawan dengan jejaka tinggi lampai berkenaan selepas beberapa kali berlakon bersama.

Mula mengenai Adam dengan lebih rapat apabila ditemukan dalam drama, Adam Chempaka, tahun lalu, pemilik nama sebenar Farhanna Qismina itu tidak kisah apa juga andaian netizen terhadap hubungan terbabit.

“Untuk mengatakan kami sudah lama mengenali, tidak juga. Kami mula berlakon bersama menerusi drama Adam Chempaka yang dijangka tayangannya, tahun ini. Sejak itu, kami diberikan beberapa lagi peluang untuk berganding bahu.

 

“Boleh dikatakan, saya selesa berkawan dengannya. Selain tiada masalah untuk keluar bersama, kami juga sering berkongsi pandangan mengenai hal berkaitan kerja dan sebagainya.

“Begitupun, biarlah saya simpan sedikit cerita berkaitan peribadi. Jadi, serius atau tidak hubungan ini, biar saya sahaja yang tahu,” katanya yang dilihat hadir bersama pemuda berkenaan pada malam pratonton teater muzikal Ola Bola musim kedua di Istana Budaya, baru-baru ini, selain malam kemuncak ABPBH 31, Oktober tahun lalu.

Kata pelakon Misteri Wan Peah ini, pengalaman cinta lokasi beberapa teman artis turut membuatkannya lebih berhati-hati. “N3tizen boleh membuat apa sahaja kesimpulan. Barangkali, mereka akan cakap kami memuat naik gambar berdua kerana mahu mempromosikan drama. Pada masa sama, mungkin ada yang beranggapan kami memang betul-betul bercinta.

“Biarlah mereka terus membuat spekulasi. Saya tidak kisah apa juga tanggapan diberikan, sama ada kami bercinta atau sebaliknya. Seperti dikatakan, saya selesa dan rapat dengannya,” katanya. Sumber 

Be the first to comment on "Pengakuan Berani Adam Lee Bila Ditanya Hubungannya Dengan Sweet Qismina"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*