Ryan Bakery ‘Live’ Dengan Adik Sendiri, “Bongsu VS Sulung Haha”

Dari seorang pengguna aplikasi TikTok yang popular dengan video lakonan semula pengalaman masa di zaman kanak-kanak, Ryan Bakery terus dikenali ramai. Namanya makin dikenali ramai selepas muncul dalam Sepahtu Reunion Live minggu lalu.

Dari situ bakatnya diuji dan ternyata Ryan Bakery sememangnya mampu menghiburkan ramai dengan secara semulajadi. Malah nama insan ini terus menerus jadi bualan hangat warganet saban hari.

Baru-baru ini satu perkongsian semula rakaman dengan paparan Ryan Bakery live dengan adik sendiri di TikTok telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut, adik Ryan yang dikenali sebagai Adam Bakery muncul bersama.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat dua beradik ini yang sedang live tapi seakan tengah bervideo call sesama sendiri. Berikut adalah perkongsian rakaman tersebut:

 

Buat live, tapi borak berdua je memang sempoi habislah! Apa-apa pun perkongsian rakaman Ryan Bakery live dengan adik sendiri ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dan meraih lebih 700 ribu tontonan.

Perkongsian rakaman tersebut telah membuatkan ramai terhibur dengan gelagat dua beradik. Malah perbualan mengenai kemas bilik juga jadi tumpuan. Ramai juga yang mengakui begitulah bila adik-beradik berbual.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenainya seperti berikut:

“Kuat weh loghat Perak haha”

Screenshot at Aug 10 16-50-07

“Facetime adik beradik ke ni”

Screenshot at Aug 10 16-49-47

“Diorang sembang macam video call sesama diorang je kan..Haha”

Screenshot at Aug 10 16-49-08

“Diorang ni buat live TikTok macam video call wassap je”

Screenshot at Aug 10 16-47-05

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER: HCL

Be the first to comment on "Ryan Bakery ‘Live’ Dengan Adik Sendiri, “Bongsu VS Sulung Haha”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*