Pakai Dress Terlalu Senteng, Scha Alyahya Ditegur Netizen

Sebut saja nama pelakon dan pengacara Scha Alyahya, sememangnya selebriti wanita itu menjadi idola ramai dalam bab berfesyen. Apa saja yang digayakan oleh Scha pasti kelihatan menawan dan anggun.

Baru-baru ini, Scha bersama suaminya, Awal Ashaari serta dua anak mereka, Lara Alana serta Lyla Amina bercuti ke Singapura dan sempat meluangkan masa di Universal Studio Singapore.

Menerusi Instagram, Awal berkongsikan momen mereka sekeluarga bercuti disana. Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan pakaian Scha yang mengenakan dress berwarna merah jambu.

Diruangan komen, ada segelintir netizen menegur pakaian Scha dilihat terlalu pendek. Tidak kurang juga, ada yang memerli dengan mengatakan dress yang dipakai Lara lebih labuh dari gaun ibunya.

Tidak kurang juga, ada yang mempersoalkan mengapa Awal membiarkan sahaja isterinya berpakaian sebegitu. Biarpun ada komen negatif, namun ramai yang suka melihat keluarga itu serta telatah anak pasangan tersebut.

 

SUMBER: ROTIKAYA

Be the first to comment on "Pakai Dress Terlalu Senteng, Scha Alyahya Ditegur Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*