Anak Hamdan Senario Jadi Tumpuan, “Yang Tudung Hitam Betul2 Muka Bapak”

Kumpulan Senario yang terdiri daripada beberapa lelaki cukup berbakat ini cukup popular di sekitar 1990-an. Kemunculan kumpulan ini sentiasa dinanti kerana lawak-lawaknya cukup menghiburkan.

Bukan sekadar melawak, kumpulan ini ahlinya juga memiliki bakat masing-masing seperti menyanyi dan berlakon. Kini setelah berpuluh tahun, masing-masing membawa haluan tersendiri. Bagaimanapun salah seorang dari ahli Senario, Hamdan telah mencuri tumpuan ramai baru-baru ini.

Manakan tidak, video Hamdan Senario bersama keluarganya ketika makan ini telah membuatkan ramai tertarik. Video tersebut telah dimuat naik olah anak Hamdan Senario sendiri.

Dalam perkongsian itu Hamdan bersama isteri dan anak-anak sempat buat video miming lagu popular Senario. Berikut antara perkongsian rakaman yang dimuat naik oleh anak Hamdan Senario, dengan nama akaun TikTok lyynn_hamdan:

Perkongsian rakaman tersebut telah membuatkan anak Hamdan Senario ini menjadi perhatian ramai. Manakan tidak, wajahnya seiras pelawak tersebut.

Malah gelagat dari isteri dan anak-anak selebriti ini juga turut membuatkan ramai terhibur. Video ini telah meraih lebih 461 ribu tontonan dan 24 ribu likes. Masing-masing memang sempoi melayan buat video TikTok sama-sama.

Di ruangan komen, rata-rata warganet mengakui wajah anak perempuan selebriti ini memang mirip sungguh dengan bapanya itu. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:

“Anak perempuan abang Hamdan tu seolah2 abang Hamdan sendiri versi bertudung”

Screenshot at Aug 10 09-05-07

“Saya membesaq dengan lawak kumpulan Senario. Terima kasih legend kerna pernah menceriakan hari saya satu masa dulu dengan lawak2 yang sempoi”

Screenshot at Aug 10 09-04-37

“Ingat abang Hamdan dah berhijab tadi. Sama betul muka anak tu”

Screenshot at Aug 10 09-04-19

“Yang tudung hitam betul2 muka bapak..Cantikkk”

Screenshot at Aug 10 09-03-58

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

SUMBER: HCL

Be the first to comment on "Anak Hamdan Senario Jadi Tumpuan, “Yang Tudung Hitam Betul2 Muka Bapak”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*