[VIDEO] Tiga Sekeluarga Hilang Dihanyut Kepala Air Dalam Tragedi Banjir Di BaIing

Pasukan penyelamat termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba menumpukan usaha pemindahan dan mengesan mngsa terprangkap dalam banjir melibatkan 11 kampung di Baling, pada petang Isnin.

Tiga sekeluarga berusia antara 14 hingga 53 tahun disahkan hilang dihanyutkan arus dalam kejadian kepala air dan banjir yang melanda Kampung Iboi, Baling, petang Isnin.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim, dalam perk0ngsian di laman Facebooknya berkata, semua mereka belum ditemui sehingga kini.

“Salah seorang mngsa Abd. Rahman Said, 71, menceritakan kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi (Md Nor) situasi tragis dia kehilangan tiga daripada ahli keluarganya dalam kejadian kepala air di Kampung Iboi, petang semalam.

“Isteri Abd. Rahman, Salmah Mat Akib, 53; anaknya Mohd Khairul Ikhwan, 14, dan menantu Nurul Hanis Abu Hassan, 23, dihanyutkan kepala air yang datang secara tiba-tiba, dan masih belum dijumpai hingga kini.

“Rumah mereka juga turut dihanyutkan dalam bncana itu,” katanya yang mengiringi Menteri Besar turun padang meninjau kawasan bncana malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan, pasukan penyelamat termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba menumpukan usaha pemindahan dan mengesan mangsa terprangkap dalam banjir melibatkan 11 kampung di Baling, pada petang Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata kampung terbabit terletak berhampiran Sungai Kupang.

Katanya, antara kampung terlibat ialah Kampung Bendang Padang, Kampung Iboi, Kampung Padang Ampang, Kampung Tok Saba, Kampung Hangus, Kampung Pisang, Kampung Sadik, Kampung Kitang, Kampung Tanjung, Kampung Lata Celak dan Kampung Badak Ampang.

VIDEO:

BANJIR KILAT TERUK DI BEBERAPA DAERAH Di KEDAH

👉 LINK VIDEO

Sumber & video dipetik dari AB, Youtube AB, TikTok Ohbulan

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Tiga Sekeluarga Hilang Dihanyut Kepala Air Dalam Tragedi Banjir Di BaIing"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*