[VIDEO] Kedai Letak Syarat Belanja Rm20 Baru Boleh Beli Minyak Buat Ramai Bengang

Melangkah sahaja ke bulan Julai, kenaikan harga minyak dirasai oleh setiap rakyat apatah lagi buat mereka yang berniaga bahkan minyak paket pada masa kini sukar untuk didapatkan.

Namun baru-baru ini tuIar sebuah perk0ngsian di mana seorang peniaga kedai runcit seolah-olah menambah beban masyarakat dengan meletakkan syarat atas pembelian minyak masak.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @isusemasaviral di Twitter, difahamkan peniaga meletakkan syarat harus membelanjakan sekurang-kurangnya RM20 baru dapat beli minyak masak paket.

Disebabkan itu, pembeli tersebut berasa tidak puas hati dan mempersoalkan mengenai undang-undang yang dikenakan itu.

Dapat juga kita lihat lelaki ini masuk ke bahagian kaunter dan ambil sendiri dua paket minyak yang diletakkan di bawah.

“Sekarang saya mau beli minyak masak, you mau cakap RM20 barang baru boleh dapat minyak ka? Sekarang saya mau beli, you cakap ada ka tak ada?”

“Mana undang-undang mari ni? Saya mahu minyak, saya tak kira. Mana ada undang-undang, saya sendiri angkat, ada sana simpan.”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan tindakan peniaga tersebut malah syarat tersebut sememangnya tidak diguna pakai dalam penjualan minyak masak.

Warganet juga berharap agar pihak berkuasa memantau sikap peniaga yang mementingkan diri sendiri.

Antara komen warganet:

VIDEO:

Sumber & video dipetik dari YN, Twitter

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Kedai Letak Syarat Belanja Rm20 Baru Boleh Beli Minyak Buat Ramai Bengang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*