Peniaga Ditahan Polis Selepas ‘Custom’ Nissan Skyline R32 Jadi Kereta Polis

Kreativiti seorang peniaga yang menyertai satu pameran kereta di MAEPS, Serdang bawa padah selepas dia ditahan polis, semalam.

Berdasarkan laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki berumur 43 tahun yang berniaga aksesori kenderaan ditahan pada jam 10.30 malam selepas kereta terbabit viraI di TikTok dan beberapa platform media sosial yang lain.

Katanya, penahanan dilakukan pasukan Bahagian Siasatan Jnayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang selepas melakukan pemerhatian di pusat pameran itu dan merampas kereta jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan polis.

“Kenderaan terbabit mempunyai cukai jalan lengkap dan digunakan oleh pemiliknya. Pemilik kenderaan telah dibebaskan pada 12 tengah malam dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada pihak polis untuk melaksanakan tugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber dipetik dari The V0cket, Twitter PanduLaju

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Peniaga Ditahan Polis Selepas ‘Custom’ Nissan Skyline R32 Jadi Kereta Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*