Bukan Sahaja Miliki Jumlah Pengikut Tertinggi TikTok, Khaby Lame Sebenarnya Seorang Hafiz Al-Quran

Sekiranya anda merupakan salah seorang pengguna TikTok, kami yakin video daripada Khaby Lame, seorang lelaki yang berasal Senegal ini pernah melintasi ruang tontonan anda.

Sering kali membuat video tanpa menggunakan suara dalam mengajar cara mudah melakukan sesuatu dengan cara yang santai membuatkan konten beliau disukai ramai.

Malah, Khaby Lame yang menetap di Itali nampaknya tidak menunggu lama dalam arena TikTok untuk muncul sebagai individu dengan jumlah pengikut tertinggi pada platform berkenaan.

Di sebalik kejayaan yang diperoleh, serta turut muncul sebagai duta bagi beberapa syarikat, siapa sangka individu yang sering membuat orang terhibur ini merupakan seorang Muslim dan Hafiz Al-Quran.

Di sebalik kejayaan yang diperoleh, serta turut muncul sebagai duta bagi beberapa syarikat, siapa sangka individu yang sering membuat orang terhibur ini merupakan seorang Muslim dan Hafiz Al-Quran.

Menerusi perk0ngsian laman The Islamic Information, beliau yang menetap di Itali sejak umur satu tahun dihantar ibu bapanya bagi mendalami agama pada usia 14 tahun di Dakar, Senegal dan seterusnya menghafal kitab suci tersebut.

Perk0ngsian yang dibuat tersebut sekadar memaklumkan kepada ramai kepercayaan beliau yang sekaligus menjadi ikon buat anak muda Islam seluruh dunia. Beliau juga dilihat aktif dan tidak kekok dalam berk0ngsi kesngsaraan yang terpaksa dilalui rakyat PaIestin berikutan kekjaman Zi0nis.

Mengulas mengenai populariti, beliau dilaporkan aktif menggunakan platform TikTok sejak Itali dilanda C0VID-19 iaitu sekitar Mac 2020 di mana beliau telah kehilangan kerja di sebuah kilang.

Nasib menyebelahi dirinya apabila konten ringkas yang dihasilkan berjaya mendapat perhatian penonton seluruh dunia sekaligus mengumpul sebanyak 146 juta pengikut sehingga kini.

VIDEO:

👉 LINK VIDEO

Sumber & video dipetik dari The V0cket, TikTok Khaby Lame

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Bukan Sahaja Miliki Jumlah Pengikut Tertinggi TikTok, Khaby Lame Sebenarnya Seorang Hafiz Al-Quran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*