“Bahagia I Mmg You”- Bek4s KekasIh Tnggu Nak Kahwin Serra, Sedia Jadi Pengganti Shuk?

Sebelum ini, pelawak Shuk Sahar telah memuat naik satu hantaran video di laman TikTok miliknya yang memaparkan dirinya sedang berada di mahkamah bersama seorang peguam sekaligus memberi bayangan bahawa perkahwinannya kini sudah sampai ke penghujung.

Baru-baru ini, Rossa Sera turut memuat naik video TikTok memaparkan dirinya tersenyum sambil memegang sejambak bunga dan menyertakan beberapa tangkap layar kiriman mesej Shuk Sahar yang seperti ingin memujuknya namun tidak dibalas.

Malah, Sera atau nama sebenarnya Rossalenna Natassyiah Asshaferah turut meninggalkan ucapan seolah-olah ‘selamat tinggal’ dengan mendoakan Shuk supaya menjaga diri serta terus kuat untuk move on dan bekerja keras demi anak-anak.

Saya akan selalu doakan dan support awak!! Kerja kuat-kuat untuk anak-anak kita ok? Please kuat dan kita sama-sama move on.

Apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah pada akhir video tersebut, Sera telah memegang jambakan bunga berwarna pink itu dihadapan seorang lelaki seperti memberi ‘hint‘ dia sudah jumpa pengganti.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira melihat wanita itu kini sudah mampu tersenyum bahagia.

“Tahniah serra.. awak memang iron lady.. tak semua orang dapat lalui kisah hidup macam awak,” tulis seorang pengguna TikTok.

Bekas Kekasih Tunggu Nak Kahwin Sera, Sedia Jadi Pengganti Shuk

Sejak tahun lalu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Shuk Sahar apabila isterinya, Rossa Sera sering berkongikan luahan hati serta mendedahkan wujudnya orang ketiga.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tidak diketahui status rumah tangga mereka. Apatah lagi, baru-baru ini Sera bersama dua anaknya menyambut raya di Sabah dan tidak beraya bersama Shuk.

Terbaru, hangat diperkatakan apabila tular video di TikTok dipercayai dikongsikan oleh bekas kekasih Sera menggunakan akaun @aidi.qusairy.

Menerusi video itu, memperlihatkan jejaka itu keluar bersama Sera. Lebih menjadi perhatian, kapsyen lelaki itu seolah menggambarkan dia sudah lama menunggu cinta Sera dan sedia menjadi pengganti Shuk.

“Janda yang paling ku nantikan, Ex paling gilak. Walau ex tetap sayang, kita kawan balik samapi kahwin ok,” tulisnya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong serta memberi restu kepada lelaki berkenaan untuk memikat Sera.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan Sera layak untuk mendapat lelaki yang lebih menghargainya. Malah, ada yang meminta lelaki itu segera ‘merampas’ Sera dari Shuk.

Terdahulu, Serra mengakui ada ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur Jalan Duta, namun merahsiakan tujuannya ke sana.

SUMBER: Fuh

Be the first to comment on "“Bahagia I Mmg You”- Bek4s KekasIh Tnggu Nak Kahwin Serra, Sedia Jadi Pengganti Shuk?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*