Ada peminat sangka Sean Lee orang Melayu! Harap satu hari nanti industri seni Malaysia dipenuhi semua bangsa

PELAKON dan pengacara Sean Lee mengakui di awal kemunculannya dahulu, agak sukar untuk dia melontarkan dialog kerana kurang fasih berbahasa Melayu.

Bagaimanapun masalah itu dapat diatasi selepas dia mengikut latihan berterusan sehingga kini ada yang menyangka dia berbangsa Melayu.

“Secara jujurnya saya sangat-sangat bersyukur dengan sokongan yang diberikan peminat kepada saya saat ini.

“Sebab kadang-kadang saya anggap diri ini macam pendatang asing sebab saya berbangsa Cina jadi anda semua boleh terima saya seadanya walaupun bukan melayu.

“Sewaktu awal kemunculan dalam karier memang ada masalah sedikit tapi masalah ini dapat diatasi apabila banyak latihan dilakukan.

“Kadang-kadang saya dapat komen daripada peminat yang ingat saya ini berbangsa Melayu tetapi tidak saya memang Cina,”katanya pada mStar.

Sumber : MSTAR

Be the first to comment on "Ada peminat sangka Sean Lee orang Melayu! Harap satu hari nanti industri seni Malaysia dipenuhi semua bangsa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*