“Minta Doa Yang Baik-Baik..” Mona Allen Dalam Fasa Perbaiki Diri Sebelum Bertukar Status Ibu

Pelakon Mona Allen mengakui sedang dalam fasa memperbaiki diri dan berubah ke arah lebih baik sebelum bertukar status sebagai ibu tidak lama lagi.

Menurut Mona, dia belum bersedia mengatakan dirinya sudah berhijab sepenuhnya dan tidak kisah dengan andaian warganet mengenai penampilannya.

“Buat masa ini saya tidak berani untuk memberikan sebarang kenyataan mengenai penampilan ini.

“Terpulang kepada netizen dan warga maya untuk membuat tafsiran sendiri, apa yang mereka lihat tu begitulah. Saya takut salah cakap nanti jadi lain pula.

“Apa-apa pun, minta doa yang baik-baik. Saya pun dalam proses nak perbaiki diri. Nak menjadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, penampilan Mona dengan memakai tudung menerusi perk0ngsian di Instagram menerima pujian daripada warganet.

Dalam pada itu, pelakon itu turut memaklumkan dia dijangka akan melahirkan cahaya mata sulungnya sekitar September depan.

Isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim itu juga bersyukur apabila menerima banyak hadiah barang-barang keperluan bayi yang dianggap sebagai rezeki anaknya.

“Usia kandungan saya sudah memasuki tujuh bulan… Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Insya-Allah saya dijangka bersalin September nanti. Sekarang saya masih di Johor, teman suami sho0ting.

“Insya-Allah nanti balik KL, saya dan suami akan cari lagi barang keperluan baby. Tapi Alhamdulillah, saya bersyukur ramai yang menghadiahkan barang baby,” katanya.

Mona dan Pekin telah mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. – Sumber dipetik dari Xtra, Harian Metro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "“Minta Doa Yang Baik-Baik..” Mona Allen Dalam Fasa Perbaiki Diri Sebelum Bertukar Status Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*