Jatuh Cinta Masa Hantar ‘Parcel’, Lelaki Tak Kisah Kahwini Gadis Berat 100kg

Seorang lelaki di Vietnam tidak menghiraukan pandangan sinis masyarakat kerana berkahwin dengan gadis pilihannya yang mempunyai berat badan 100 kilogram (kg).

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Duy Quang dikatakan jatuh cinta kepada Y Phi kerana kerap menghantar barang yang dipesan secara dalam talian. Meskipun, menempuh detik sukar untuk memikat gadis berkenaan yang tidak menunjukkan minat untuk berkenalan, namun Duy tidak pernah putus semangat.

 

Menurut Y Phi, detik awal mereka berjumpa adalah ketika lelaki berkenaan menghantar barang yang dipesan secara dalam talian kepadanya di pejabat.

Pada pertemuan kali kedua, Duy memberanikan diri untuk bertanya saya sama ada saya sudah berpunya ke tidak. Apabila saya kata tidak, dia tidak menunggu lama untuk mengajak saya keluar.

Saya tak layan panggilan telefon dan mesej dia pada awal perkenalan kami sebab saya tak yakin yang dia betul-betul suka dekat saya tapi Duy tak putus asa.

Difahamkan, pasangan itu telah melangsungkan perkahwinan mereka pada April lalu selepas setahun bercinta.

Walau bagaimanapun, gadis terbabit sangat memikirkan keadaan fizikalnya itu kerana merasakan bahawa dia tidak layak untuk menerima Duy yang kurus serta tinggi orangnya.

Duy tak pernah sentuh isu penampilan fizikal sepanjang kami bersama dan lebih fokus terhadap keserasian antara kami berdua.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : oh bulan

Be the first to comment on "Jatuh Cinta Masa Hantar ‘Parcel’, Lelaki Tak Kisah Kahwini Gadis Berat 100kg"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*