[VIDEO] “Lain Macam Cara Kau Bergurau Dik..” – Bandingkan Perut Dengan PM, Kanak-Kanak Ini Mencuit Hati Warganet

TuIar di ruangan media sosial Twitter mengenai tindakan spontan seorang kanak-kanak yang telah membandingkan perutnya dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya meraih perhatian warganet.

Seorang pengguna Twitter telah memuat naik sedutan video dari segmen berita Buletin Utama TV3 di ruangan media sosial miliknya memaparkan seorang kanak-kanak berjumpa dengan PM lantas membandingkan perutnya dengan beliau.

Ciapan tersebut mendapat perhatian rata-rata warganet yang terkej0t dan menunjukkan rasa sangat terhibur melihat gelagat kanak-kanak tersebut yang dianggap sangat luar biasa dan berani.

Malah, ada juga dalam kalangan warganet yang sempat berseloroh dengan mengatakan kanak-kanak tersebut bakal menjadi terkenal di seluruh Malaysia suatu hari nanti.

Bukan itu sahaja, rata-rata warganet seakan memuji aksi kanak-kanak berkenaan yang dikatakan sangat comel dan ‘innocent’.

VIDEO:

Ketika artikel ini ditulis ciapan tersebut telah mendapat lebih 835.3k tontonan 39k ulang ciap dan 58.5k tanda suka. – Sumber & video dipetik dari Xtra, Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] “Lain Macam Cara Kau Bergurau Dik..” – Bandingkan Perut Dengan PM, Kanak-Kanak Ini Mencuit Hati Warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*