[VIDEO] Buat Kerja Sambil Lewa, Warganet Kecewa Dengan Kecuaian DUKE Highway

Jalan rosak boleh membhayakan nyawa pengguna jalan raya. Kalau tidak dibaiki dengan betul, boleh mengundang ‘maut’.

Jalan rosak yang wujud di tengah-tengah jalan raya seperti bertampal, tidak rata dan bertakung sering dihadapi pengguna jalan raya ketika ini.

Walaupun aduan sudah banyak kali dibuat, tindakan yang diambil seolah-olah sambil lewa dan tidak memikirkan keselamatan orang lain.

Beberapa hari lepas seorang pengguna Twitter, @yunus_unus96 telah memuat naik sebuah video menunjukkan keadaan jalan berlubang yang ditampal di Duke Highway secara acuh tak acuh sahaja.

Kecuaian pihak bertanggungjawab tersebut telah telah menyebabkan sepupunya berada di unit rawatan kritikal (CCU) ketika ini.

Kerja baik pulih jalan raya yang dibuat umpama tidak ikhlas itu ternyata menimbulkan amarah ramai warga Twitter.

Malah video memaparkan mereka hanya menutup lubang dengan sekeping besi padahal ker0sakan yang berlaku di atas jalan tersebut amat serius.

VIDEO:

Menjengah ke ruangan komen, ada yang kata lubang tersebut sudah hampir seminggu dibiarkan begitu.

Ada juga yang turut berk0ngsi pengalaman yang sama di mana mereka terlibat dengan kemalangan di kawasan berkenaan.

Dalam pada masa yang sama, warganet berk0ngsi tip cara untuk meminta pampasan daripada DUKE Highway atas kecuaian mereka.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di Twitter.

– Sumber & video dipetik dari YN, Twitter

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Buat Kerja Sambil Lewa, Warganet Kecewa Dengan Kecuaian DUKE Highway"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*