Penangan Double Park Bumbung Dan Bonet ‘King’ Diletakkan Tong Sampah

Semakin lama semakin banyak kereta kita tengok di atas jalan. Makin susahlah nak cari parking kan?

Tambah pula bila tengah rushing dalam waktu puncak! Memang boleh mengundang kemarahan kadang-kadang.

Bila parking tak ada, terpaksalah double parkTapi, ada caranya. Kalau nak double park, gear kereta perlulah diletakkan pada mode N dan handbrake tidak perlu ditarik agar mudah dialihkan jika perlu.

Selain itu, jangan lupa tinggalkan nombor telefon agar mudah dihubungi jika berlaku kecemasan ataupun kereta tak dapat dialihkan.

Dah double park tu jangan la pula undang kesal orang lain dan itu boleh mengundang masalah namanya tu.

Artikel Berkaitan: Selamba Je ‘Parking’ Dalam Rumah Jiran, Tindakan Pemilik Myvi Ini Undang ‘Kecaman’ Ramai

Persis kisahnya seperti yang terjadi di Kuchai Lama beberapa hari lepas di mana ‘king’ iaitu Perodua Myvi telah double park dan menyumbang bala kepadanya.

Menurut posting yang dibuat oleh GeneGene Ng di page Facebook bernama Malaysia Automotive Shitposting, Myvi tersebut double park tanpa meninggalkan sebarang nota mahupun nombor telefon.

Kejadian berlaku pada 18 Mei lalu. Pemilik kereta yang bengang akibat keretanya dihalang telah membunyikan hon selama 35 hingga 40 minit.

Boleh bayangkan betapa bingitnya laungan hon yang dibunyikan itu sehingga pemilik perk0ngsian ini juga mengaku telinganya sakit ketika dalam situasi tersebut!

Setakat ini, perk0ngsian ini telah dik0ngsikan sebanyak 235 kali dan mendapat 1.4 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, warganet terhibur dan bersetuju dengan tindakan yang diambil pemilik kereta yang dihalang itu kerana meletakkan tong sampah di atas bumbung dan bonet sebagai pengajaran.

Selain itu, rata-ratanya berpendapat sepatutnya ‘buat’ lebih lagi pada kereta tersebut. Malah, bagi mereka seandainya jika kereta yang dihalang itu berada dalam keadaan kcemasan, memang wajar untuk pecahkan cermin kereta itu.

Berikut antara komen-komen yang warganet di Facebook:

Sumber dipetik dari YN, Facebook

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Penangan Double Park Bumbung Dan Bonet ‘King’ Diletakkan Tong Sampah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*