Pelajar Tingkatan 5 Ditemukan Lemas Dalam Kolam Terbiar

Pelajar tingkatan 5 yang hilang sejak petang semalam ditemukan lemas dalam kolam terbiar dekat Mergong, Alor Setar, malam tadi.

Jasad Muhammad Hadwan Iman Abdul Hadi, 17, ditemui pasukan bomba dalam keadaan tertiarap di dasar kolam pada jam 10.49 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mngsa dikatakan datang ke kolam tersebut bersama lima rakan lain kira-kira jam 6 petang.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong itu difahamkan tidak pandai berenang dan dikatakan menaiki tong polisterin yang dijadikan pelampung ketika rakan-rakan lain mandi-manda di kolam terbabit.

“Mngsa, daripada maklumat kita terima, tidak pandai berenang. Mngsa telah terjatuh daripada pelampung ataupun polisterin yang digunakan,” kata Ahmad Shukri.

Myat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Menurut Ahmad Shukri, kes diklasifikasikan sebagai ‘mati mengejut’.

Sementara itu, saksi Muhammad Yazid Mohd Marwan, 15, menceritakan saat dia dan rakan lain cuba membantu menyelamatkan mngsa.

Katanya, ketika itu dia melihat mngsa terkapai-kapai sambil menjerit meminta tolong.

“Ketika dia mandi di sini, tak ada masalah. Apabila dia mandi di sana, air jadi macam ‘bocor’, air ‘masuk ke dalam’.

“Semua (rakan) turun nak tolong,” kata Muhammad Yazid.

Namun, lokasi mngsa jatuh terlalu dalam menyebabkan mereka terpaksa berpatah balik ke tebing, katanya lagi.

Difahamkan mngsa merupakan anak tunggal dan tinggal bersama bapanya di sebuah pangsapuri kira-kira 500 meter dari kolam tersebut.

Salam takziah buat keluarga moga tabah atas kehilangan insan tersayang. Alfatihah. – Sumber dipetik dari MYKMU, AA

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Pelajar Tingkatan 5 Ditemukan Lemas Dalam Kolam Terbiar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*