Mahu Nilai Sendiri Pengangkutan Awam, MB Johor Naik Bas Menyamar Jadi Orang Biasa

Bagi merasai sendiri pengalaman menggunakan perkhidmatan awam yang menghubungkan Malaysia dan Singapura, Menteri Besar (MB) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sanggup menyamar sebagai orang awam dan melihat sendiri proses perjalanan di antara dua negara. Beliau yang baharu sahaja dilantik sebagai menteri besar pada tahun ini menggunakan bas awam untuk memasuki Singapura.

“Hari ini saya berada di JB Sentral, nak pergi ke Singapura naik bas, dan kembali semula (ke Johor Bahru) naik bas. Saya nak tengok sendiri keadaan dan servis di sini. Apa yang perlu dibuat penambahbaikan daripada segi perkhidmatan di sini, Insya-ALLAH,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook rasminya di sini.

 

Beliau memulakan perjalanan dari Terminal Bas JB Sentral serta menggunakan kaedah pengembara di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (QIC) Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor). Pengangkutan awam yang menghubungkan dua negara kini berfungsi seperti biasa setelah kedua-dua negara membuka sempadan.

Menurut laporan media tempatan, ini sebenarnya bukanlah kali pertama beliau mengambil pendekatan yang berbeza sepanjang mendekati isu rakyat. Terdahulu, beliau pernah memandu sendirian di sekitar Bandar Raya Johor Bahru untuk melihat proses pembangunan yang dilaksanakan selain meninjau isu semasa berkaitan rakyat. – Sumber dipetik dari The V0cket, Facebook

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Mahu Nilai Sendiri Pengangkutan Awam, MB Johor Naik Bas Menyamar Jadi Orang Biasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*