[VIDEO] Warganet ‘Kecam’ Wanita HamiI Terjatuh Ketika Mahu Sertai Cabaran YouTuber Bernilai RM10,000

Umum mengetahui, Isa Isarb sering menghasilkan konten prank dan challenge. Kadangkala, konten yang dihasilkan menerima respon negatif daripada para penonton.

Terbaharu, Isa Isarb telah menganjurkan cabaran dengan harga bernilai RM10,000 di Gardens Arenas, Rawang. Cabaran tersebut sepatutnya dianjurkan selama 13 hari tetapi tergendala semalam apabila kejadian tidak diingini berlaku.

VIDEO:

👉 LINK VIDEO

Menerusi perk0ngsian beberapa warganet yang berada di sana, cabaran tersebut terpaksa dibatalkan apabila seorang wanita mengandung terjat0h akibat terIanggar besi pintu ketika bersesak dan berebut untuk menyertai cabaran yang dianjurkan.

Selepas terjat0h, suami wanita mengandung tersebut dilihat mengam0k. Hal tersebut dilihat diselesaikan dengan tenang oleh Isa Isarb apabila menawarkan untuk bawa wanita tersebut ke hospital dan juga meminta maaf kepada pasangan itu walaupun awalnya keadaan agak tegang.

Isu tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata warganet ‘mengecam’ suami kepada wanita mengandung tersebut kerana membawa wanita itu menyertai cabaran.

Bukan itu sahaja, para warganet turut mengatakan seharusnya mereka sudah dapat menjangkakan keadaan akan sesak dan berbhaya untuk wanita mengandung kerana hadiah yang ditawarkan cukup lumayan.

Malah, rata-rata warganet mengatakan pihak penganjur seharusnya mengambil kira faktor keselamatan mereka yang hadir agar kejadian buruk tidak berlaku.

P/s: YouTuber itu telah menyewa ruang daripada pengendali Gardens Arenas dan cabaran itu dikendalikan secara peribadi oleh pihak Isa Isarb. – Sumber & video dipetik dari The V0cket, Twitter, TikTok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Warganet ‘Kecam’ Wanita HamiI Terjatuh Ketika Mahu Sertai Cabaran YouTuber Bernilai RM10,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*