[VIDEO] “Sukar Untuk ‘Bintikan’ Nama Bapa Kerana…” – Anak Halim Othman Jelaskan Sebab Namanya Berbintikan Abdullah

“Saya ikhlas dan sudah lama terima perkara ini. Perasaan malu, semua itu tak ada. Hakikatnya, kita tak boleh ubah takdir Tuhan.”

Demikian luahan pengacara dan pelakon, Myra Natasya Abdullah, 27, yang juga merupakan anak tunggal pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman, 56, mengenai status dirinya yang berbintikan Abdullah dan bukannya Halim.

Myra menjelaskan ibu bapanya berkahwin di Thailand pada 1994 dan turut bercerai di sana pada 1998.

“Saya pula lahir pada 1995 dan ia menyukarkan untuk ‘bintikan’ nama bapa kerana perkahwinan itu tidak didaftarkan di negara ini,” katanya.

Tambahnya, mungkin Tuhan meletakkan dirinya pada jalan ini untuk memberi peringatan orang lain.

Namun, segala kebaikan itu Allah Maha Tahu yang terbaik buat hamba-Nya.

“Saya cerita semua ini pun ikhlas dan saya tak pernah rasa malu. Ini kerana saya terima apa yang Allah bagi kepada saya dan semuanya sudah pun berlaku,” katanya.

Myra juga memberitahu pertama kali dia bertemu bapanya ialah ketika dia berusia 10 tahun.

Ketika di sekolah rendah, bahagian maklumat bapa pada borang diisi ditulis tidak berkenaan termasuk sijil kelahirannya dan hal ini membuatkannya tertanya-tanya.

“Apapun, saya sangat teruja kali pertama dipertemukan dengan ayah ketika itu. Perasaan terujanya seperti jumpa artis dan dia adalah ayah kandung saya. Malah, saya jadi ada banyak keinginan agar kami dapat hidup bersama sebagai satu keluarga.

“Apapun, saya faham ibu bapa sudah ada haluan hidup mereka masing-masing. Sejak berjumpa ayah, hubungan kami baik dan dia juga tidak mengabaikan saya. Ayah sangat bertanggungjawab menjaga segala keperluan dan pelajaran saya,” katanya.

Menurut Myra, dia tidak pernah menyalahkan ibu bapanya atas semua perkara yang berlaku.

Katanya, tidak ada orang yang mahu situasi seperti ini berlaku kepada mereka kerana tiada siapa yang menginginkan penceraian.

“Sekarang ini saya berasa bebas jadi diri sendiri, tidak perlu bersembunyi lagi. Saya pun bersyukur dan gembira kerana selepas identiti diri didedahkan, banyak sokongan positif diterima daripada ramai orang,” katanya.

Selain itu, Myra merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2019 dan pernah menjadi pengacara untuk Didik TV serta pelakon drama Republic of Gombak di TV3.

Myra merupakan anak Halim bersama bekas isteri, Yusnita Omar, 47.

VIDEO:

👉 LINK VIDEO

Sumber & video dipetik dari Xtra, Harian Metro, TikTok@nass_man

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] “Sukar Untuk ‘Bintikan’ Nama Bapa Kerana…” – Anak Halim Othman Jelaskan Sebab Namanya Berbintikan Abdullah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*