[VIDEO] “Itu Puaskan Hati Mereka, Terserah..” Bidas Isu Pendapatan ‘Haram’, Peguam Siti Bainun Akui Tidak ‘Koyak’ ‘Dikecam’ Warganet

Salah seorang peguam yang mewakili pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun untuk kes pnderaan melibatkan remaja sindrom down, Bella tampil mendedahkan dia sedikit pun tidak ‘koyak’ atas t0hmahan meIampau yang diterimanya atas kontr0versi menjadi peguam Siti Bainun.

Peguam dikenali sebagai Nurul Hafidzah Hassan menyifatkan ‘kecaman’ yang diterima hanya berdasarkan fizikal luarannya saja, justeru dia tidak ada masa untuk melayan perkara sebegitu.

“Yang saya nampak apabila ‘dikecam’ ini mereka hanya ‘attack’ pada luaran fikizal yang mereka nampak, contohnya pasal eyeliner, perbalahan tak ada yang ke arah fakta.

“Saya sebagai peguam, inshaaAllah tak koyaklah.

“Saya tak perlu pun terangkan perasaan saya sebab kita ada banyak lagi kerja nak buat.

“Jadi interpretasi mereka memuaskan hati mereka terserah kepada mereka. Kita tak perlu memberikan penjelasan yang palsu terhadap kita. I don’t have time for that,” ujarnya kepada mStar.

Sementara itu, peguam Hafidzah Hassan menjawab dkwaan segelintir pihak yang melabel pendapatannya itu haram dan seolah selangkah ke neraka.

Menurutnya, kenyataan tersebut sebenarnya tidak wajar dibahaskan.

“Pada saya, selangkah ke neraka ini sebenarnya adalah salah. Kadang kala orang yang dikatakan salah itu dapat dibuktikan sebenarnya betul. Jadi, tak wajar untuk melabel sebegitu.

“Saya dah tak boleh nak control, orang nak cakap apa, cakaplah. Tapi kita sendiri yang buat, kita sendiri yang tahu apa yang kita pilih,” ujarnya.

VIDEO:

– Sumber & video dipetik dari Xtra, Youtube mStar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] “Itu Puaskan Hati Mereka, Terserah..” Bidas Isu Pendapatan ‘Haram’, Peguam Siti Bainun Akui Tidak ‘Koyak’ ‘Dikecam’ Warganet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*