[VIDEO] Gurauan Buka Stereng ‘Quick Release’ Sewaktu Memandu Jadi Punca Proton Wira Ini Terbabas

Sering kali orang ramai diingatkan agar berhati-hati di jalan raya agar dapat mengelakkan pemandu, penumpang dan juga pengguna jalan raya yang lain terlibat dalam kemaIangan.

Dalam pada itu, insiden yang berlaku pada kali ini sedikit berbeza menerusi perk0ngsian TikTok @nasrilrasuli77 di mana pemandu Proton Wira ini dirakam telah mencabut stereng quick release sewaktu memandu di lebuh raya.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Rakaman yang dibuat untuk tujuan bergurau ini nampaknya telah memakan diri apabila stereng ini dilihat gagal dipasang semula sekaligus membuatkan Proton Wira ini gagal dikawal dan trbabas.

Dalam pada itu, para warganet nampaknya lega melihatkan kepada pemandu dan penumpang yang masih lagi dapat tergelak-gelak terhadap insiden berlaku. Malah rakaman kereta trbabas di tepi lebuh raya ini turut dik0ngsikan bersama para warganet.

Respon yang diberikan warganet terhadap kemaIangan yang berlaku nyata berbeza dengan kes kemaIangan yang lain di mana para warganet rata-ratanya terhibur serta melabelkan insiden yang berlaku sebagai gurauan yang membawa padah.

Insiden yang berlaku diharap menjadi contoh kepada orang ramai khususnya pengguna jalan raya agar situasi yang sama tidak lagi berulang. Tidak kurang juga yang menyarankan agar membuka atau mencabut stereng sewaktu kereta tidak bergerak sahaja.

VIDEO PART 1:

👉 LINK VIDEO

VIDEO PART 2:

👉 LINK VIDEO

Sumber & video dipetik dari The V0cket, TikTok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Gurauan Buka Stereng ‘Quick Release’ Sewaktu Memandu Jadi Punca Proton Wira Ini Terbabas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*