“Tak Perlu ‘Caci Maki’ Saya, Ramai Salah Faham..” Akibat Pelitup Muka ‘Hauk’, Jovian Mandagie Tampil Beri Penjelasan

Usahawan dan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie menerima t0hmahan meIampau warganet akibat kenyataannya mengenai isu pelitup muka bukan perubatan memerlukan perakuan SIRIM dan ia dipercayai telah menyinggung perasaan segelintir warganet.

Artikel Berkaitan: Warganet Pertikai Keperluan Memakai Pelitup Muka Perakuan SIRIM

Kenyataan Jovian yang menyifatkan perakuan SIRIM adalah untuk membnteras pelitup muka hauk di pasaran telah menimbulkan rasa tidak senang warganet sehingga ada yang berniat untuk memboik0t produk-produk Jovian.

Menerusi satu hantaran terbaru di Instagram, Jovian menjelaskan warganet tersalah anggap mengenai kenyataan pelitup muka ‘hauk’ dan turut menegaskan dia tidak berniat untuk memperlekehkan pelitup muka lain di pasaran.

“Saya nak jelaskan sikit pasal pelitup muka ‘hauk’ tempoh hari. Banyak salah faham, apa yang saya maksudkan itu ialah pelitup muka ‘Jovian Mask Tiruan’ yang berleluasa di pasaran.

“Tak ada niat saya nak memperkecilkan mana-mana jenama pelitup muka lain di pasaran. Lebih dua tahun Jovian Mask Tiruan berada di pasaran mengambil kesempatan guna design kami, monogram kami, gambar promosi kami, nama kami, dan logo kami untuk kepentingan masing-masing sehingga menipu pengguna.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tali Put0s Ketika Promosi Secara ‘Live’, Warganet Persoalkan Kualiti Pelitup Muka Jovian

“Saya rasa sesuailah saya gunakan istilah hauk tu pada mereka ni. Ini semua kerja mafia! Tapi, kalau ada yang tersinggung dengan statement saya, tak ada niat nak guris hati anda,” tulisnya di akaun Instagram.

Dalam hantaran yang sama, Jovian turut menjawab isu SIRIM di mana menurutnya, dia tidak mempunyai sebarang kelebihan seperti didkwa oleh segelintir warganet yang berkata Jovian hanya ingin mengaut keuntungan.

“Isu SIRIM, bukan permintaan saya mahupun keuntungan bagi saya. Untuk pengetahuan semua, once the law imposed it will incur most cost to us as sellers?

“Dari mana pula saya akan untung lebih? And i can guarantee you all that my brand is not the first to have SIRIM stamp.

“Banyak brand di luar yang dah ada SIRIM stamp. Kita ni baru je nak apply,” tegasnya.

Jovian turut menyeru orang ramai untuk berhenti ‘mencerca’ dan meIemparkan kata-kata tidak senang mengenai perniagaannya yang dipercayai telah bertahan selama 15 tahun atas dasar kualiti barangan yang baik.

“Ramadan bulan suci ini, bukan saja puasa perut. Patutnya pertuturan pun patut dijaga. Tak perlu kot nak ‘caci maki’ saya dan fitnah yang bukan-bukan tentang perniagaan saya.

“Jenama Jovian dah berada di pasaran 15 tahun, makin berkembang atas reputasi dan kualiti barangan kami. Bukan sebab-sebab lain.

“Alhamdulillah, Jovian Mask berjaya berada dalam pasaran kerana sokongan semua Jovianista atas kualitinya yang memang bagus.

“Anti jerawat dan mudah bernafas tu tak boleh dinafikan. Jovian Mask kini dipasarkan oleh lebih 6,000 pengedar,” ujarnya. – Sumber dipetik dari Xtra, Instagram Jovian Mandagie

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "“Tak Perlu ‘Caci Maki’ Saya, Ramai Salah Faham..” Akibat Pelitup Muka ‘Hauk’, Jovian Mandagie Tampil Beri Penjelasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*