‘Syawal Tanpamu Abang..’ Suami MeninggaI, lsteri Dan 2 Anak ‘Parah’ Dalam Perjalanan Pulang Iftar

Dua terk0rban manakala tiga lagi prah akibat kemaIangan yang berlaku tiga hari sebelum Aidilfitri membabitkan dua kenderaan di Kilometer 108, Jalan Raya Timur Barat, di sini, pada Jumaat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 malam membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan kereta Proton Wira.

Mereka yang meninggaI ialah, Mohd Hazlan Ibrahim, 33, (pemandu Perodua Alza) dan Muhamad Baijuri Mohd Shariff, 26, (pemandu kereta Proton Wira).

Mereka yang prah ialah isteri Mohd Hazlan, Norshara Ezila Mohd Asri, 31, dan dua anak perempuan mereka, Nur Aqeela Hafiyya Mohd Hazlan, 8, serta Nur Areeqa Hazhiyya, 6, manakala bayi mereka yang berusia setahun, Mohd Akil Arash, tidak cdera.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, jnazah Mohd Hazlan ditemui di tempat kejadian manakala myat Muhamad Baijuri ditemui di dalam longkang berhampiran selepas lapan jam kemaIangan berlaku.

Kereta dinaiki Mohd Hazlan Ibrahim, 33, sekeluarga yang terbabit dalam kemaIangan di Kilometer 108, Jalan Raya Timur Barat, di sini, pada Jumaat.

Katanya, terima panggilan telefon daripada Gerakan Jeli menyatakan terdapat kemaIangan jalanraya yang melibatkan dua kenderaan di KM 108, Jalan Raya Timur Barat, Jeli, di sini.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati seorang mngsa meninggaI dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi mngsa cdera dan dibawa ke Hospital Tanah Merah dan Jeli untuk rawatan.

“Myat kedua pula ditemui di dalam longkang lebih kurang 10 meter dari tempat kejadian pada jam 7 pagi,” katanya kepada pemberita ketika dihubungi, di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, hasil siasatan awal mendapati sebelum kejadian itu Mohd Hazlan sekeluarga baru pulang daripada berbuka puasa di rumah ibu bapanya di Kampung Kalai, Batu Melintang, Jeli dan dalam perjalanan pulang ke rumah mentua di daerah sama.

“Kereta dipandu oleh Muhamad Baijuri pula dari arah bertentangan dan dipercayai trbabas lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Muhamad Baijuri mulanya disangkakan melarikan diri selepas kemaIangan itu namun myatnya dijumpai dalam longkang yang berjarak 10 meter dari lokasi kemaIangan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Sksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Salam takziah buat Puan Shara sekeluarga atas kehilangan suami tercinta moga kuat dan tabah hadapi dugaan.  Moga r0h suaminya dicucuri rahmat. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, Sinar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘Syawal Tanpamu Abang..’ Suami MeninggaI, lsteri Dan 2 Anak ‘Parah’ Dalam Perjalanan Pulang Iftar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*