‘Satu-satunya Anak LeIakiku..’ Baju Melayu Hitam Permintaan Terakhir Adik Ikram – lbu

“Saya sudah belikan baju Melayu berwarna hitam seperti yang dipesannya untuk digunakan pada Hari Raya Aidilfitri kelak, tetapi rasa terkilan kerana kini semuanya hanya tinggal kenangan,” luah Rugiah Saban.

Rugiah adalah ibu kepada Muhd Ikram Abdullah yang dijumpai rentung dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Masjid Kuala Baram, di sini pada petang Selasa.

Dalam kejadian menyayat hati itu, Muhd Ikram, 12, dijumpai rentung di bawah timbunan zink di kawasan bawah rumah oleh pasukan bomba semasa kerja-kerja penilaian tempat kejadian dijalankan.

Artikel Berkaitan: ‘Jumpa Di Syurga Ye Sayang..’ Anak 12 Tahun Ditemukan Rentung Dibawah Timbunan Zink

Rugiah, 39, berkata, beliau sempat berasa peIik dengan sikap anaknya baru-baru ini yang meminta untuk dibelikan baju Melayu hitam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

“Saya pelik disebabkan dia tidak pernah meminta dibelikan macam-macam daripada saya sebelum ini, dia juga seorang yang pemalu, dengan saya sendiri juga dia malu nak minta apa-apa. Tapi cuti sekolah baru-baru ini dia tiba-tiba minta dibelikan baju baharu untuk dipakai pada raya kelak.

“Saya sudah belikan baju sejuk, seluar dan baju Melayu hitam seperti permintaannya, dan Jumaat lepas dia baru sahaja mencuba baju tersebut dan menyukainya, malah dia sempat berkata dia nampak kacak dengan baju baharu itu,” katanya dengan nada sbak ketika ditemu bual Utusan Borneo di lokasi kejadian, hari ini.

Rugiah turut berk0ngsi bahawa Muhd Ikram yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik itu juga merupakan satu-satunya anak lelakinya, patuh kepada orang tua, tidak pernah meninggaIkan solat dan berpuasa.

“Rumah saya di Senadin, kebiasaannya setiap hari Jumaat saya akan mengambilnya pulang ke rumah dan pada hari Ahad akan dihantar semula ke rumah neneknya di sini (Kampung Masjid Kuala Baram) kerana dia bersekolah berdekatan sini.

 

“Terakhir kali saya bersama dia adalah Ahad lepas sebelum saya menghantarnya pulang ke Kuala Baram. Sabtu kami sempat bawa dia berbuka puasa bersama.

“Hari Sabtu itu dia sempat beritahu saya untuk tidak mahu pulang ke rumah nenek, mahu tinggal dengan saya sahaja di Senadin, nak sekolah dekat dengan rumah, tapi saya pujuk dia untuk tunggu habiskan tahun enam dulu baru dapat berpindah sekolah dekat dengan saya,” ujarnya.

Rugiah tidak dapat menahan tangisan ketika memegang basikal yang dibelikan untuk Muhd Ikram pergi ke sekolah.

Sementara itu, dalam kejadian terbabit lapan penghuni hilang tempat berteduh apabila rumah jenis separuh kekal berstruktur kayu itu musnah sepenuhnya.

Maklumat dari Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu sekitar jam 4.59 petang.

“Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun meIecur 30 peratus di belakang badan dan diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum kemudiannya dihantar ke Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Menurut saksi, ketika berlaku kebakaran mngsa dipercayai sedang tidur bersama makciknya namun makciknya sempat menyelamatkan diri keluar dari rumah, manakala mngsa gagal dikesan sebelum kemudiannya dijumpai rentung di bawah timbunan zink oleh pasukan bomba,” katanya.

Operasi pemadaman dijalankan sepasukan 10 anggota dari BaIai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dengan dibantu lapan anggota BBP Miri.

Jnazah Muhd Ikram selamat dikebumikan di Tanah Perkburan Islam Kampung Masjid Kuala Baram sekitar jam 11 malam Selasa. – Sumber dipetik dari DB, UB

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘Satu-satunya Anak LeIakiku..’ Baju Melayu Hitam Permintaan Terakhir Adik Ikram – lbu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*