MeninggaI Ketika Solat Isyak Berjemaah, Abg Yusri Sentiasa Taati lbu, Jaga Solat – lsteri

“Selain amat mentaati ibunya, arwh sentiasa menjaga solat dan menyayangi kucing peliharaannya,” kata Safaridah Mat Jonet, 52.

Demikian kata isteri kepada seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Yusri Taib, 52, yang meninggaI dunia ketika solat Isyak berjemaah di Masjid An-Nur Saujana Utama, dekat sini, malam tadi.

Artikel Berkaitan: ‘Mulianya Pemergian..’ Abg Yusri Rebah Ketika Sedang Solat Isyak Berjemaah Di Masjid

Menurut Safaridah, ketika kejadian dia tidak mengikut rutin arwh untuk solat berjemaah kerana agak kurang sihat.

“Namun, kira-kira jam 9.30 malam, saya berasa tidak sedap hati kerana melihat beberapa jemaah masjid di luar rumah dan memaklumkan kematian arwh.

“Saya kemudian bergegas ke masjid itu dan redha dengan pemergian suami di rumah Allah ketika bulan Ramadan,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Saujana Perdana di sini, hari ini.

Jelas Safaridah, arwh tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara namun berhasrat mahu menyelesaikan pengubahsuaian rumah terutama dapur.

“Sebelum kejadian, arwh turut sempat membeli makanan 11 kucing peliharaan yang amat disayanginya.

“Selain menjaga solat dan sentiasa berjemaah, dia sentiasa taat kepada ibunya di Alor Gajah dengan sentiasa menghubungi pada setiap minggu,” katanya.

Tambah beliau, arwh juga amat menyayangi semua anaknya yang berusia 17 hingga 24 tahun dan tidak pernah memarahi atau memukuI biarpun seorang anggota tentera.

Sumber dipetik dari DB, K! Online.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "MeninggaI Ketika Solat Isyak Berjemaah, Abg Yusri Sentiasa Taati lbu, Jaga Solat – lsteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*