Kos Pembinaan Jambatan Kayu Bernilai RM50K Di Sarawak Cetos Persoalan Ramai

TuIar sebuah hantaran di Facebook apabila pihak Jabatan Kerja Raya Miri, Sarawak merasmikan sebuah jambatan kayu yang menelan belanja sehingga RM50,000.

Dalam salah satu muat naik di Facebook, Corporate Communication JKR Sarawak menunjukkan perasmian jeti baharu Kampung Mutap yang telah diadakan pada 6 April 2022 yang lalu.

Difahamkan bahawa jambatan bernilai ‘premium’ ini bakal menggantikan jeti lama dan mengambil masa sehingga hampir sebulan untuk disiapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya iaitu bermula pada 7 Mac 2022 dan siap pada 1 April 2022.

“Projek RTP DUN N.71 Bekenu, Bina Baru Jeti Kampung Mutap merupakan salah sebuah projek di bawah seliaan JKR Miri dengan kos projek berjumlah RM50,000.00. Skop kerja bagi projek tersebut adalah pembinaan jeti 1m lebar x 15m panjang.

“Dengan siapnya jeti ini, ianya akan memudahkan penduduk Kampung Mutap, Bekenu untuk menjalankan aktiviti harian khususnya ketika berlaku banjir serta air pasang besar kerana penduduk kampung akan menggunakan laluan sungai sebagai laluan alternatif untuk ke Pasar Bekenu,” katanya.

“Terbaik Kerajaan Negeri Sarawak…sepatutnya kalau dilihat project ni saya rasa rm100,000 tapi dapat dijimatkan rm50,000 terbaikk.. sayang abang jo,” kata salah seorang warganet.

“Sepatutnya, kos 50k dah boleh buat sebuah jeti konkrit lengkap dengan ciri-ciri keselamatan, tak pun sebuah jambatan simple dengan penghadang yang boleh sampai ke tebing sungai sana,” kata warganet yang lain.

“RM50K ya. Beli kayu, upah Bangla etc. Less rm20k. Balance? Administrative cost, consultant fee etc.”

Bagaimanapun, hantaran ini mendapat tempias yang kurang enak daripada warganet. Jambatan yang bernilai ‘premium’ ini dianggap lekeh oleh warganet dan tidak kena pada harganya. – Sumber dipetik dari The V0cket, Facebook, Twitter

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Kos Pembinaan Jambatan Kayu Bernilai RM50K Di Sarawak Cetos Persoalan Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*