Jaga-Jaga Perokok, Anda Akan ‘Ditazkirah’ Jika Bawa Rokok Sebelum Jam 2 Petang

Perokok di negeri Melaka bakal menerima notis daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) jika didapati membawa atau terbawa rokok sebelum jam 2 petang sepanjang bulan Ramadan ini. Mereka yang diberikan notis diminta untuk ke pejabat agama dan bakal ‘ditazkirah’ dengan tujuan untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah JAIM, Datuk Che Shukri Che Mat melihat pendekatan ini sebagai tindak balas selepas jabatan itu menjumpai dua individu yang membawa rokok pada siang hari dalam Operasi Plastik Hitam Bersendawa. Menurutnya, dua individu warga emas yang ditemui di lokasi berbeza itu memberikan alasan terbawa rokok kerana memakai seluar yang sama malam tadi.

“Ketika diperiksa, memang individu berkenaan beritahu tidak menghisap rokok tetapi ada bau, logik ke kalau bau rokok malam tadi masih tak hilang. Kita bukan nak saman tetapi pendekatan itu diambil supaya perbuatan tidak diulang. Kita pun tidaklah sampai nak mandikan mereka seperti jnazah kerana tiada bukti lagi mereka bersalah,” katanya kepada Sinar.

Selain rokok, pengguna tegar vape juga bakal berhadapan tazkirah dan saman sekiranya digunakan pada siang hari. Mereka yang ditngkap bakal didenda tidak melebihi RM500 bagi kesalahan pertama di bawah Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991. – Sumber dipetik dari The V0cket

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Jaga-Jaga Perokok, Anda Akan ‘Ditazkirah’ Jika Bawa Rokok Sebelum Jam 2 Petang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*