“Ini Langkah Pertama Menuju ZlNA” – Tak Kisah DlKECAM, Ustazah Asma’ BlDAS Ibu Bapa Benar Anak Pergi Konsert Justin Bieber

Terdahulu, kec0h di ruangan media sosial Twitter mengenai seorang pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun yang bertindak untuk memberikan teguran secara terbuka berhubung konsert Justin Bieber bakal berlangsung di Malaysia.

Penjualan tiket konsert yang akan diadakan pada Oktober ini telahpun bermula beberapa hari lalu dan ia telah habis dijual.

Dek kerana isu tersebut, Ustazah Asma’ telah menerima lontaran kcaman yang dianggap meIampau terutamanya daripada golongan ibu bapa yang mempertahankan hak anak mereka untuk berhibur.

Terbaru, Ustazah Asma’ memuat naik sebuah hantaran di akaun Facebook rasmi miliknya yang seakan tidak kisah apabila dirinya dikcam segelintir ibu bapa dan warganet.

“Saya tak sedih dikcam dan dlhina, siapa saya ni untuk dihormati dan dimuliakan, banyak kekurangan dan d0sa sendiri yang lebih menjadikan diri ini hina. Kesedihan adalah apabila melihat sesuatu kemungkaran namun ramai yang berdiam,” tulisnya.

Tampil menjelaskan mengenai pendapatnya itu, Ustazah Asma’ menyatakan nasihat berkenaan adalah bertujuan untuk melindungi anak-anak daripada ‘tersesat’ ke jalan yang salah dan tidak diredhai.

“Ramai kcam juga dalam kalangan ibu ayah, katanya pergi bukan guna duit Ustazah pun, kenapa nak sibuk hal orang, dan lain-lain yang lebih pedih.

“Duhai ibu ayah bukankah kalian yang selama ini berkata sayang pada anak-anak sampai Syurga dan berdoa untuk berkumpul di sana.

“Bukankah kalian yang selalu inginkan anak-anak selamat daripada bhaya dunia, jika mereka saklt kalian tak tidur lena dan sanggup k0rban apa sahaja.

“Tiada kasih sayang yang lebih tulus seorang ibu ayah melainkan mereka berusaha dengan hati, perkataan dan tindakan untuk melindungi anak-anak daripada melalui jalan yang salah dan terpes0ng daripada menuju ke syurga. Itulah bukti kasih sayang sejati.

“Adakah kalian begitu naif bahawa suasana konsert sebegini akan berlakunya percampuran lelaki dan perempuan, kadang minuman najis berjaya dicuba, lebih jauh lagi ia boleh menjadi langkah pertama menuju kepada pnzinaan.

“Suasana terkinja-kinja dan saling hilang kawalan diri, walaupun asalnya si anak ni seorang yang pemalu dan sopan, namun suasana sangatlah mempengaruhi seseorang, pakaian pula tak boleh dibayangkan, pasti akan disesuaikan dengan konsert supaya tak dilihat janggal.

“Bertemulah dengan kawan baru, sekelip mata nombor telefon saling bertukar, merasai nikmat kebebasan atas nama ‘sporting’ IBU AYAH,” tulisnya.

Ustazah Asma’ mengakui sangat terkesan dengan budaya masyarkat yang terpengaruh dengan konsert kelahiran artis Kanada itu seakan terkej0t apabila tiket penjualan konsert Justin Bieber telahpun habis.

“Allahuakbar, kita tahu tiket dah habis pun terjual. Satu konsert yang harganya sangat mahal begitu mendapat sambutan di negara Islam Malaysia. Selepas ini, nantikanlah konsert lain pula bakal menyusul, atas nama hiburan itu keperluan, maka suburlah budaya hedonisme.

“Terbentuk jelaslah generasi hamba hiburan, itulah nanti menjadi sumber pendapatan pihak penganjur yang tamak,” katanya.

Tambah Ustazah Asma’, dia tidak berniat untuk mendoakan perkara yang tidak baik melanda negara atau masyarakat, namun dia hanya memberi pandangan berdasarkan pengalaman sendiri yang banyak menguruskan kes masalah sosial.

Sumber dipetik dari Xtra, Facebook Ustazah Asma’ Harun

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "“Ini Langkah Pertama Menuju ZlNA” – Tak Kisah DlKECAM, Ustazah Asma’ BlDAS Ibu Bapa Benar Anak Pergi Konsert Justin Bieber"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*