’Hanya Mereka Berdua Penyeri Hidup Kami..’ lbu Ayah Sebak 2 Anak Pergi Sekelip Mata

“Dalam seminggu kebelakangan ini saya perasan mereka berdua rapat sangat.

“Buat apa saja bersama-sama, pergi ke mana-mana pun semua berdua. Sampai hari kejadian semalam pun mereka masih berdua,” kata Farizuddin Mat Saad, 52, bapa kepada dua beradik berusia 15 dan 11 tahun yang terk0rban diIanggar sebuah lori di Jalan PJS 3/2, Taman Medan, di sini, semalam.

Artikel Berkaitan: ‘PiIu Hati, 2 Sekaligus Anakku Pergi..’ Dua Beradik MeninggaI KemaIangan Dengan Lori

Katanya, sebelum ini dua beradik itu seperti orang lain, akan berbaik semula selepas bergad0h, namun mereka begitu rapat sejak seminggu kebelakangan ini.

Menurutnya, dia redha dengan kejadian menimpa Nayli Ulfa, 15, dan adiknya, Nuf Amni, 11, yang teek0rban diIanggar ketika keluar dari rumah untuk membeli makanan.

“Sebelum mereka keluar saya nampak mereka naik motosikal, tapi itulah, benda nak jadi, dah sampai ajaI,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, dua beradik berkenaan meninggaI dunia di tempat kejadian selepas diIanggar lori yang dipercayai hilang kawalan.

Farizuddin berkata, dia mengetahui kejadian menyayat hati itu menerusi kumpulan WhatsApp penduduk ketika berada di surau.

Katanya, biarpun kehilangan dua anak serentak, dia redha dengan ketentuan takdir biarpun keluarganya dalam perancangan membeli kelengkapan hari raya.

“Mereka berdua sahajalah anak saya, tipu kalau kata saya tidak sedih tetapi benda dah nak jadi, dah sampai masa, saya redha,” katanya.

Jnazah dua beradik itu disembahyangkan di Masjid Jumhuriah Petaling Jaya, sebelum dikebumikan di Tanah Perkburan Islam Jalan PJS4, Petaling, petang tadi.

Salam takziah buat keluarga, moga tabah dan kuat hadapi ujian di bulan mulia. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, HM

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "’Hanya Mereka Berdua Penyeri Hidup Kami..’ lbu Ayah Sebak 2 Anak Pergi Sekelip Mata"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*