Coklat Telur Kinder Suprise Didkwa Mengandungi Salmonella

Coklat telur Kinder Surprise adalah antara salah satu produk di pasaran yang menerima laporan yang didkwa coklat telur itu mengandungi salmonella.

Pusat Pencegahan Pnyakit dan Kawalan Eropah (ECDC) akan melakukan penyiasatan terhadap laporan tersebut di sembilan negara di benua Eropah.

Kumpulan Konfeksi Itali, Ferrero yang mengeluarkan coklat Kinder Surprise menarik balik coklat itu dan beberapa produk lain di pasaran Sepanyol, Britain dan Ireland.

Salmonella ialah sejenis bkteria patogen yang boleh menyebabkan pnyakit bawaan makanan, termasuklah demam, kekejangan di bahagian perut dan cirit-birit.

Menurut kenyataan ECDC, isu penarikan ini dikesan selepas separuh kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital mengalami gejaIa yang teruk seperti cirit-birit brdarah.

“Agensi berkenaan bagaimanapun tidak menyebut Ferrero atau mana-mana syarikat lain namun memberi amaran bahawa kebanyakan kes membabitkan kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah.

“Coklat telur Kinder turut terbabit namun tidak menjelaskan sama ada masalah itu hanya membabitkan produk berkenaan,” katanya dalam kenyataan itu.

Agensi Makanan Singapura (SFA) juga turut menarik balik beberapa kumpulan coklat Kinder Surprise selepas mendapat notis untuk penarikan balik kumpulan coklat Kinder Surprise dari Belgium.

“Pengguna yang sudah membeli produk yang terlibat dinasihatkan untuk tidak memakannya.

“Bagi yang sudah makan produk itu hendaklah mengambil perhatian terhadap kesihatan mereka dan mendapatkan nasihat perubatan,” kata SFA. – Sumber & foto dipetik dari BH Online, Mothership, PA Wire

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Coklat Telur Kinder Suprise Didkwa Mengandungi Salmonella"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*