[VIDEO] Tangan Tersangkut Sampai Panggil Bomba, Gelagat Wanita Ini Buat Ramai Terhibur

Setiap orang pasti pernah mempunyai pengalaman atau pernah mengalami kejadian yang memalukan yang pernah terjadi dalam hidupnya.

Sehingga ada sesetengah hal yang sampai tidak boleh di lupakan seumur hidupnya.

Selalunya insiden memalukan ini berlaku tanpa disengajakan dan terkadang pengalaman pahit itu boleh berubah menjadi pengalaman manis yang akan kita kenang sehingga ke akhir usia.

Sama juga dengan kisah yang tuIar baru-baru ini di mana tangan wanita ini tersepit di pada ruang kecil yang ada di sebelah tempat duduk pemandu mncuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @princess dayah, kelihatan wanita ini sedang berada di dalam kereta sambil merakam situasi yang tidak mungkin akan dilupakannya.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Dapat juga kita lihat sekumpulan ahli bomba ‘turun padang’ demi membantu wanita itu mengeluarkan tangannya yang tersepit itu.

Dalam masa yang sama, wanita ini juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan penyelamat kerana bertungkus lumus membantunya.

“Pertama kali call 999 sebab tangan tersangkut.. pengalaman pertama dan agak memalukan.. nak buat macam mana kita pun tak minta nak jadi.. thankyou abang2 bomba yang cukup sporting.. adoii maluu oii” katanya.

Tersangkut sebab excident ke? – Warganet

Apabila ditanya adakah kejadian tersebut berlaku gara-gara kemaIangan jalan raya namun wanita ini tampil menjelaskan situasi yang sebenar menerusi sebuah lagi video lain”

“Bukan lah.. saya parking tepi jalan nak keluarkan kad bank lepastu terjat0h celah lubang bawah handbrake.. konon nak ambil, masuk tangan boleh, nak keluarkan tak boleh sebab ada tajam2..nasib tak kena pot0ng tangan sis” jelas wanita ini.

Ketika ini, video tersebut telah meraih 1.8M tontonan, 60.2K tanda suka, 2876 komen dan 1194 perk0ngsian di aplikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagatnya itu malah dalam masa yang sama ada juga segelintir warganet yang pernah menghadapi situasi yang sama di mana tangan tersangkut di bahagian tersebut kerana barangan sering jat0h dan sukar untuk diambil.

Antara komen warganet:

VIDEO Part 1:

👉 LINK VIDEO

VIDEO Part 2:

👉 LINK VIDEO

Sumber & video dipetik dari YN, TikTok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[VIDEO] Tangan Tersangkut Sampai Panggil Bomba, Gelagat Wanita Ini Buat Ramai Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*