TuIar Pensyarah ‘Hina’ Pelajar Tak Mampu Beli Laptop, Ini Respons UiTM & Majlis Perwakilan Pelajar

Sejak tengah malam semalam tuIar di ruangan media sosial Twitter mengenai video seorang Pensyarah yang didkwa mnghina salah seorang pelajar kurang berkemampuan atau golongan B40 dek kerana tidak mempunyai laptop untuk kegunaan belajar.

Menurut kenyataan Naib Canselor, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Jano berkenaan isu ini, difahamkan kejadian tersebut berlaku pada semester tahun lalu dan pelajar tersebut juga telah selamat menerima ijazah.

Memandang serius mengenai isu ini, pihak media Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan kebajikan pelajar golongan B40.

“UiTM amat memahami kekangan, kesulitan dan situasi yang dihadapi oleh pelajar dalam menjalani proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.

“Pihak universiti juga telah menyediakan pelbagai dana untuk kegunaan para pelajar yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan kemudahan pembelajaran seperti dana amanah pelajar, bantuan dari pusat zakat serta dari pihak alumni,” tulisnya.

Tambahan itu, mengulas mengenai tindakan terhadap pensyarah berkenaan, pihak UiTM memaklumkan mereka akan meneliti isu tersebut dan mengambil tindakan pantas dan sewajarnya.

Sementara itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) juga turut menyeIar tindakan pensyarah terbabit yang telah mnghina pelajar tersebut tanpa sebarang empati.

Berdasarkan kenyataan tersebut, individu bernama Rasydan Mohd Hassan selaku wakil keluarga MPP UiTM berkata tindakan pensyarah, Profesor Dr. Ts. Roshana Takim dalam video tersebut dianggap tidak beretika dan tidak wajar untuk mnghina golongan B40.

“Saya mewakili seluruh keluar MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya kerana pensyarah tersebut telah mer0sakkan imej universiti keramat ini,” ujarnya.

Bagaimanpun, sehingga kini pihak UiTM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai sebarang tindakan yang akan diambil kepada pensyarah tersebut yang dianggap sangat meIampau oleh rata-rata warganet. – Sumber dipetik dari Xtra

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "TuIar Pensyarah ‘Hina’ Pelajar Tak Mampu Beli Laptop, Ini Respons UiTM & Majlis Perwakilan Pelajar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*