‘Selamat Jalan Sahabat..’ Jsad Saiful Ezzudin, Pelatih AMD Ditemui Selepas 27Jam Hanyut

Myat Pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Muhammad Saiful Ezzudin Mustaffa, 14, ditemukan dalam ban pasir di Kampung Sungai Limau, petang tadi.

Mngsa ditemukan anggota pasukan mencari dan penyelamat kira-kira jam 5.45 petang tadi selepas dilaporkan dihanyut arus deras ketika mandi di sungai berkenaan bersama rakannya, semalam.

Artikel Berkaitan: ‘Saiful Pelajar Yang Baik..’ Pelajar Dihanyutkan Arus Ketika Mandi Disahkan Pelatih AMD

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan 11, Rahimi Ali berkata, mngsa ditemukan dalam tempoh 27 jam selepas operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.

Menurutnya, myat mngsa ditemukan kira-kira 10 kilometer (km) dari tempat dia dilaporkan mandi bersama empat rakan yang lain berdekatan Kampung Padang Temu, Batu 48, Bongor.

“Hujan lebat dan arus sungai deras dipercayai menyebabkan mngsa dihnyutkan kira-kira 10 km. Myatnya diserahkan kepada poIis untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan, pelajar lelaki itu dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Ketil, berdekatan Kampung Padang Temu, Batu 48 Bongor.

Pihak berkuasa menerima panggilan kcemasan berhubung insiden itu pada 4.11 petang sebelum melancarkan operasi mencari dan menyelamat dalam hujan lebat.

Operasi mencari dan menyelamat terpksa dihentikan malam tadi disebabkan faktor cuaca dan keadaan gelap sebelum disambung semula 8 pagi tadi.

Salam takziah buat keluarga atas kehilangan insan tersayang. Moga arwh adik Saiful dicucuri rahmat. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, HM

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘Selamat Jalan Sahabat..’ Jsad Saiful Ezzudin, Pelatih AMD Ditemui Selepas 27Jam Hanyut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*