Pengeluaran KWSP RM10K: Panduan Buat Temu Janji Online

Panduan buat temu janji online. Untuk makluman, baru-baru ini pihak Kerajaan telahpun secara rasmi mengumumkan kemudahan pengeluaran Khas KWSP sehingga RM 10,000 telah diluluskan.

Kepada ahli pencarum KWSP yang ingin membuat pengeluaran ini perlu melakukan perancangan dengan baik dalam usaha memudahkan proses pengeluaran. Ia termasuklah dalam membuat temujanji di kaunter KWSP lokasi berdekatan anda.

Masih ramai para pencarum ahli KWSP yang tidak tahun cara yang betul untuk membuat temu janji di kaunter cawangan KWSP. Sebenarnya terdapat cara mudah yang anda boleh buat untuk proses pengeluaran. Bagi pengetahun umum, pada masa sekarang sekiranya anda mempunyai sebarang urusan penting di kaunter KWSP, anda boleh secara langsung membuat temu janji atas talian (Online) atau terus datang ke mana-mana cawangan KWSP berdekatan anda.

Di bawah telah disediakan panduan cara mudah untuk membuat temu janji di kaunter KWSP dengan cara yang betul dan cepat.

Membuat Temu Janji Secara Atas Talian Sebelum Berurusan Di Kaunter

Anda disyorkan membuat temu janji secara online sebelum berurusan di kaunter KWSP ialah bagi melancarkan dan memudahkan urusan pengeluaran.

Ini kerana pada waktu pendemik C0VID-19 masih ada di negara, cara temu janji ini dapat mengelakkan kesesakan dari orang ramai menyerbu kaunter cawangan KWSP dalam satu masa dan dengan janji temu ini, anda dapat mengurangkan masa menunggu di mana-mana cawangan kaunter KWSP.

Berikut telah disediakan cara membuat temu janji online Kaunter KWSP untuk anda jadikan sebagai rujukan :

1. Sila layari Portal Rasmi KWSP – DI SINI

2. Selepas itu, pergi ke bahagian bawah dan tekan ‘Janji temu Online’

3. Kemudian pilih ‘cawangan’ dan ‘negeri’ kawasan anda

4. Sila pilih jenis urusan di kaunter KWSP bagi urusan anda

5. Kemudian pilih tarikh berurusan. Info, hanya tarikh yang berwana gelap sahaja yang mempunyai kekosongan janji temu

6. Selepas itu, anda perlu melengkapkan maklumat yang diperlukan sehingga tekan buat temu janji

7. Status permoh0nan anda akan dipaparkan

8. Anda akan menerima notis pengesahan permoh0nan secara melalui e-mail atau sms sebagai peringatan

Nota Tambahan

Kepada ahli pencarum KWSP, anda boleh membuat permoh0nan melalui janji temu online seawal 30 hari dan selewat lewanganya satu jam sebelum masa temu jani. Ini tertakluk pada jumlah kekosongan slot janji temu pada waktu dan tarikh yang anda mohon.

Waktu Kaunter KWSP Beroperasi

Berikut disediakan waktu operasi Kaunter KWSP untuk rujukan anda :

Kaunter KWSP

– Waktu operasi > Bermula dari 8.30 pagi sehingga 4.30 petang pada hari bekerja sahaja

Khidmat Nasihat Perasaan (RAS)

-Waktu operasi> Bermula dari 9 pagi sehingga 4 petang pada hari bekerja sahaja

Untuk makluman, janji temu ini bergantung kepada slot kekosongan pada tarikh waktu yang anda moh0n.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi pihak KWSP di talian khas seperti berikut :

No Tel : 03 8922 6000

Faks : 03 8922 6222

Waktu operasi : Hari Isnin hingga jumaat (8 pagi sehingga 5 petang)

Sumber dipetik dari UD

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Pengeluaran KWSP RM10K: Panduan Buat Temu Janji Online"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*