‘Hanya Satu Jenis Premis Yang Masih Tidak Boleh Dibuka Iaitu Kelab Malam’ – Khairy Jamaluddin

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan pusat hiburan atau kelab malam masih tidak dibenarkan beroperasi walaupun negara akan memulakan fasa peralihan ke endemik pada 1 April ini.

Artikel Berkaitan: Negara Beralih Ke Fasa Endemik & Sempadan Negara Dibuka Sepenuhnya Bermula 1 April

Beliau berkata premis hiburan sangat berisik0 tinggi untuk berlakunya penuIaran C0VID-19.

“Hanya satu jenis premis sahaja yang akan berada dalam senarai negatif yang tidak boleh dibuka iaitu kelab malam. Ini kerana keadaan premis berkenaan yang berisik0 tinggi walaupun dalam fasa peralihan ke endemik,” katanya dalam sidang media itu.

Sejak penuIaran C0VID-19 dalam negara, kerajaan tidak membenarkan sebarang aktiviti di pusat hiburan sehingga kini dan pengusaha kelab malam yang membuka pusat hiburan secara haram akan dikenakan k0mpaun.

Khairy turut menjelaskan prosedur yang perlu diikuti oleh pelancong yang bakal mengembara ke Malaysia pada 1 April depan. Tiada lagi kuarantin wajib dikenakan terhadap pengembara tetapi mereka perlu membuat pengujian C0VID-19 sebelum berlepas.

Sumber & video dipetik dari The V0cket, Twitter

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "‘Hanya Satu Jenis Premis Yang Masih Tidak Boleh Dibuka Iaitu Kelab Malam’ – Khairy Jamaluddin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*