[FOTO] ‘Saya Yakin Dia Yang Terbaik..’ Natasya Hudson & Jay Jasmin Selamat Bernikah

Aktres jelita, Natasha Hudson kembali bergeIar isteri apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan yang dikenali dengan nama Jay Jasmin.

Pasangan tersebut disatukan sebagai suami isteri di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor hujung minggu lalu.

Natasha atau nama sebenarnya, Natasha Liana Hudson, 40, bagaimanapun menerusi Instastory mengharapkan agar perkahwinannya kali ini tldak disensasikan pihak media.

“Doakanlah banyak-banyak buat kami dan sekeluarga hingga ke akhir hayat. Buat pihak media, tolong jangan keluar dengan tajuk laporan tidak betul demi menjual berita kalian.

“Saya akan mengambil tindakan keras sekiranya kalian mencalarkan nama baik saya dan keluarga. Tak perlu tulis berapa banyak kali (saya sudah kahwin).

“Tolong tulis tajuk yang positif kalau kalian berniat nak tulis kerana saya tidak mahu sebarang pubIisiti murahan,” kata Natasha.

Menerusi laporan kepada media, Natasha memberitahu Jay seorang lelaki yang sangat memahami dirinya sebagai seorang wanita dan banyak mengajar dirinya erti kehidupan.

Menerusi Instastory, Natasha memuat naik semula beberapa keping foto yang dik0ngsi oleh rakan selebriti dan kenalan yang hadir ke majlis pernikahan mereka itu.

Dalam perk0ngsiannya tersebut, pasangan berkenaan dilihat mengenakan baju sedondon berwarna peach seraya duduk bergambar di atas pelamin ringkas.

Sejurus upacara pernikahan itu, Natasha dan Jay mengadakan majlis resepsi secara kecil-kecilan dihadiri keluarga dan rakan-rakan di kediaman pengantin lelaki.

Difahamkan, Natasha mula berkawan rapat dengan Jay yang berusia lebih muda sejak setahun lalu semasa dia menyertai aktiviti luncur ombak di Langkawi, Kedah.

Terdahulu, Natasha bercerai dengan suami keempatnya iaitu Noor Nashriq pada Oktober 2019 selepas setahun berkahwin.

Pada Oktober 2018, Natasha atau Natasha Liana Hudson mengakui dia sudah bercerai dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012.

Sepanjang enam tahun berkahwin, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Sebelum itu, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan.

Pelakon filem Chermin itu berkahwin buat kali pertama dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Neesa Helena. – Sumber & foto dipetik K! Online

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "[FOTO] ‘Saya Yakin Dia Yang Terbaik..’ Natasya Hudson & Jay Jasmin Selamat Bernikah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*