Enggan Terus Diboik0t, Akhirnya Shila Amzah Moh0n Maaf Kepada Media Tempatan

Pemenang Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36), Shila Amzah, 32, akhirnya memoh0n maaf kepada pihak media tempatan.

Biarpun ada pihak yang mengatakan kemenangan Shila dan SOG menerusi lagu Pelukan Angkasa di AJL 36 tidak diraikan sebagai pemenang, Shila sebaliknya mempunyai pendapat berbeza dan bersyukur kerana mendapat layanan baik dan liputan media pada 6 Mac lalu.

Umum mengetahui, Shila mempunyai isu dengan media tempatan berbahasa Melayu semenjak 2014.

Memetik laporan OhBulan!, kontr0versi yang berlanjutan sehingga kini berlaku di luar kawalan.

Menurut pemilik nama Nur Shahila Amir Amzah ini, dia baru mendapat kebebasan untuk memilih dan membuat keputusan mengenai hala tuju karier seninya selepas berkahwin pada tahun 2018.

“Saya nak cakap apa yang berlaku pada masa lalu di luar bidang saya. Saya dah tak boleh nak tarik balik berita yang dah keluar. Apa yang menjadi penghaIang saya tidak bebas?

“Saya tidak menidakkan peng0rbanan kedua orang tua saya. Saya faham perasaan ibu bapa yang nak terbaik untuk anak.

“Tetapi disebabkan past relationship, saya sangat dijaga termasuk untuk perkara kecil seperti ingin keluar minum bersama kawan.

“Secara jujurnya, emosi saya banyak trganggu. Bila saya dah berkahwin dan pindah ke United Kingdom (UK), secara tidak langsung ia memberi saya kebebasan.

“Itu adalah kali pertama saya dapat mengolah balik kerjaya saya. Saya dapat kenal diri saya. Saya baru dapat menikmati kebebasan sebagai anak seni selepas keluarkan single Tiada Dirimu.

“Tetapi, saya tak akan salahkan sesiapa dengan apa yang berlaku pada masa lalu. I just want to live in peace. Saya tak nak ada langsung brdendam dengan sesiapa.

“Saya harap mereka yang terguris itu maafkan saya. Saya ambil itu sebagai pengajaran dan harapkan apa yang berlaku itu menjadi iktibar kepada kita semua,” kata Shila.

Tidak mahu isu dengan media tempatan berterusan, pelantun lagu Patah Seribu ini dengan rasa merendah diri memoh0n maaf.

“Saya minta maaf kepada media yang terguris hati dengan apa yang berlaku sebelum ini. I learned in a hard way. Itu adat asam garam sebagai anak seni. Saya yakin yang terguris itu pun mengalami situasi yang tak best.

“Saya nak moh0n maaf seandainya ada terlebih, terkurang yang saya terguriskan hati secara sengaja atau tidak, dalam kawalan atau di luar kawalan saya. Jauh di sudut hati, saya mengharapkan kemaafan dari kalian semua dan saya juga tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi,” katanya lagi.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Sumber dipetik dari Xtra, OhBulan!, Instagram Shila Amzah

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "Enggan Terus Diboik0t, Akhirnya Shila Amzah Moh0n Maaf Kepada Media Tempatan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*