BKM 2022: Cara Semak Bayaran BKM, Dikreditkan Ke Akaun Sendiri ATAU Pasangan?

Umum mengetahui bahawa bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sudah mula disalurkan bermula 28 Mac 2022.

Malah, ada segelintir pemoh0n yang telah berjaya menerima bayaran sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, terdapat penerima yang membuat aduan bahawa bayaran yang diterima dimasukkan ke dalam akaun pasangan mereka.

Justeru itu, berikut merupakan cara semakan secara atas talian (online) bagaimana bayaran BKM dibuat terutamanya bagi pasangan suami isteri.

Cara semak bayaran BKM – Akaun sendiri ATAU Pasangan?

Berikut merupakan panduan membuat semakan bayaran BKM sama ada ia masuk ke akaun sendir ATAU pasangan.

1. Layari laman rasmi NKM di bkm.hasil.gov. my

2. Log masuk menggunakan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.

3. Klik semakan status

4. Status kelulusan beserta jumlah bantuan yang diluluskan adakan dipaparkan.

5. Klik maklumat bayaran

6. Klik maklumat bayaran dan maklumat bayaran akan dipaparkan meliputi nama pemegang akaun, nama bank dan nombor akaun.

Bagi mereka yang tidak lulus, jangan risau permoh0nan rayuan boleh dibuat bermula 2 Mei sehingga 2 Jun 2022.

Untuk sebarang maklumat berkenaan BKM, anda bolehlah layari portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di bkm.hasil.gov.my– Sumber dipetik dari Xtra

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Be the first to comment on "BKM 2022: Cara Semak Bayaran BKM, Dikreditkan Ke Akaun Sendiri ATAU Pasangan?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*