[VIDEO] Berang Rumah Sering DihaIang Kenderaan, Lelaki Ini Mahu ‘Jual’ Kereta Jiran

Hidup di kawasan kejiranan sememangnya memerlukan orang ramai untuk bertolak ansur serta menghormati antara satu sama dengan yang lain. Selain itu, kehidupan berjiran turut dapat membantu dalam meningkatkan jumlah kenalan di kawasan setempat.

Dalam pada itu, terdapat segelintir jiran yang tidak bertimbang rasa dalam mengambil hak jiran yang lain. Situasi ini nampaknya turut berlaku kepada salah seorang keluarga ini menerusi TikTok @queen_mekarsari88 di mana suaminya memilih untuk menjual kereta jiran sendiri.

BOLEH TONTON VIDEO DI BAWAH

Difahamkan isu ini berlaku disebabkan jiran berkenaan kerap parkir kenderaan di hadapan rumah beliau meskipun setiap rumah sudah dilengkapkan dengan tempat parkir tersendiri.

Lebih menjadi perhatian orang ramai serta netizen, beliau telah ‘mengiklankan’ kereta Hyundai Matrix berkenaan dengan harga serendah RM800 sahaja. Pembeli bukan sahaja bakal menerima kereta malah turut diberikan pam racun secara percuma.

‘Iklan’ yang dibuat nampaknya telah mendapat perhatian pemilik asal yang sekaligus mengalihkan kenderaan ke lokasi rumah beliau menerusi video terbaru yang dik0ngsikan.

VIDEO:

Situasi yang berlaku jelas membuatkan para warganet puas melihatkan kepada tindakan yang dibuat sekaligus menjadi pengajaran kepada individu lain yang kerap parkir kenderaan di kawasan rumah kejiranan lain. Berikut merupakan respon warganet terhadap isu ini.

Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang khususnya buat mereka yang menetap di kawasan taman perumahan kerana secara tidak langsung mengambil hak kejiranan dengan parkir kenderaan di kawasan rumah mereka. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: The V0cket, TikTok

Be the first to comment on "[VIDEO] Berang Rumah Sering DihaIang Kenderaan, Lelaki Ini Mahu ‘Jual’ Kereta Jiran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*