Uncle Kentang Rancang Buka ‘Kedai 10 Sen’ Di Stesen LRT, Mahu Bantu Lebih Ramai Orang

‘Uncle Kentang’ cukup dikenali oleh rakyat Malaysia atas sebab keprihatinan beliau dalam membantu pihak-pihak yang kurang berkemampuan tanpa kira bangsa mahupun agama dari segi makanan, pengangkutan dan perkhidmatan pengurusan jnazah.

Pada awal minggu ini, Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng telah berk0ngsi satu khabar baik melalui satu hantaran Facebook di mana pihak Prasarana bekerjasama dengan beliau untuk membuka sebuah ‘Kedai 10 Sen’.

 

Menurut beliau, orang ramai boleh hadir ke ‘Kedai 10 Sen’ untuk menderma barangan dan pihak yang memerlukan boleh mendapatkan barang-barang tersebut pada harga sepuluh sen sahaja.

Kedai tersebut akan dibuka di stesen LRT yang terpilih dan Uncle Kentang akan menggajikan rakan k0ngsinya untuk menjaga kedai tersebut untuk memudahkan urusan kelak.

Setakat ini, lokasi ‘Kedai 10 Sen’ tersebut masih belum didedahkan oleh Uncle Kentang, bagaimanapun beliau akan membuat lawatan tapak pada 9 Februari nanti.

 

Apabila ‘Kedai 10 Sen’ ini dibuka kelak, bolehlah kita semua hadir dan berikan sokongan dalam apa jua bentuk, sama ada wang ringgit atau barangan bagi membantu pihak-pihak yang kurang berkemampuan. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: The V0cket

Be the first to comment on "Uncle Kentang Rancang Buka ‘Kedai 10 Sen’ Di Stesen LRT, Mahu Bantu Lebih Ramai Orang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*