Tiada Ancman Tsunami Kepada Malaysia Susulan Gempa Bumi Berskala 6.1 Di Utara Sumatera

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan, tiada ancman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi berskala 6.1 yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku pada jam 9.39 pagi itu dirasai di Barat Semenanjung negara serta beberapa negeri lain sehingga mencet0skan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Tiada ancman tsunami kepada Malaysia. Gegaran dirasai di bahagian Semenanjung Malaysia terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” katanya dalam laman Facebook pada Jumaat.

Sementara itu Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia melalui satu ciapan di Twitter mengesahkan gempa berlaku pada pukul pada 17 kilometer (km) ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun ia tidak berpotensi menyebabkan tsunami.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Xtra, Facebook MKN, Twitter BMKG

Be the first to comment on "Tiada Ancman Tsunami Kepada Malaysia Susulan Gempa Bumi Berskala 6.1 Di Utara Sumatera"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*