Kerajaan Jamin PKP Tidak Akan Dilaksanakan Menjelang Aidilfitri – PM

Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan sebarang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sekatan rentas daerah serta negeri dalam usaha mengawal penuIaran C0VID-19, termasuk pada Aidilfitri nanti.

Sebaliknya hanya akan melaksanakan sekatan secara bersasar bergant0ng kepada jumlah jngkitan di setiap kawasan.

“Kita sudah tahu betapa sukarnya kehidupan rakyat apabila PKP dilaksanakan yang mana kerajaan sudah membuka semuanya dan membenarkan rakyat kembali berniaga dan sebagainya.

“Begitu juga dengan pergerakan merentas negeri kerana kita tidak akan menyekat lagi pergerakan, cuma pintu sempadan negara sahaja belum dibuka lagi disebabkan kes yang tinggi di luar negara.

“Sesetengah negara juga masih menutup pintu sempadan mereka, tetapi dalam negara kerajaan sudah benarkan sepenuhnya untuk merentas termasuk balik raya (Aidilfitri) nanti. Cuma kita sendiri kena tahu mengawal supaya kes tidak terus merebak,” katanya.

Tambahnya lagi, jika PKP sekali lagi dilaksanakan rakyat hanya akan menerima impak negatif selain sektor ekonomi dan pelancongan akan terjejas ter0k atau gulung tikar.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Xtra, Awani

Be the first to comment on "Kerajaan Jamin PKP Tidak Akan Dilaksanakan Menjelang Aidilfitri – PM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*