Kerajaan Bakal Perketat SOP Khusus Jika Kes C0VID-19 Terus Meningkat

Susulan peningkatan kes sebanyak 10,089 pada Ahad,  kerajaan dilaporkan bakal memperketatkan semula prosedur operasi standard (SOP) dari masa ke semasa.

Antara sektor yang akan diberi penekanan berhubung kes lonjakan adalah melibatkan sektor pendidikan.

Ini kerana, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan pelajar daripada bukan kelas peperiksaan yang pulang bercuti sempena Tahun Baharu Cina TIDAK dibenarkan untuk kembali ke asrama.

Menurut, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin, pelajar tersebut perlu mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Selain itu, kerajaan berkemungkinan akan memperkenalkan SOP khusus bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Namun, menurut Pakar epidemiologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman memaklumkan, walaupun kes harian C0VID-19 mencatatkan peningkatan mendadak dan kembali mencecah 20,000 kes tidak lama lagi, kerajaan tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti sebelum ini.

“Kita perlu tahu bahawa situasi sekarang amat berbeza, ini kerana kesan klinikaI berikutan varian 0micron tidak begitu teruk berbanding Delta dan kit ujian saringan kendiri boleh didapati pada harga hampir 90 peratus lebih murah di pasaran.

“ Oleh itu, tanggapan bahawa kita bakal berdepan sekatan pergerakan atau PKP menjelang hari raya Aidilfitri nanti adalah tidak berasas, malah jaminan sudah diberikan kerajaan yang akan membuat sebarang keputusan bersandarkan bukti dan asas sains,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan tidak akan melaksanakan PKP dan sekatan untuk pulang ke kampung bagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

Namun, jika kes meningkat di sesuatu kawasan, PKP Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Xtra, BH, Sinar

Be the first to comment on "Kerajaan Bakal Perketat SOP Khusus Jika Kes C0VID-19 Terus Meningkat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*