Didkwa Harga Ayam Mahal Berikutan ‘Disorok’, Pengusaha Ini Jelaskan Isu Yang Berlaku

Saya Yani. Pengalaman dalam industri ayam tidaklah banyak. Cuma sekadar 10 tahun dalam penternakan, proses, dan perniagaan ayam. Hari ini saya akan k0ngsikan kisah sebenar secara lengkap dan punca sejak akhir-akhir ini ayam tidak ditawarkan di pasar sehinggakan restoran KFC juga tidak mampu menjual ayam goreng.

Untuk pengetahuan, pada suatu masa dahulu, harga ayam naik dan turun. Harga bergantung kepada kos. Kos meningkat, harga naik manakala jika kos turun, harga akan turun.

Semua pengilang dedak, penternak, peniaga ayam, hidup dengan aman damai. Kemudian, pada tahun lalu, harga bahan mentah import meningkat mendadak berikutan kelemahan ringgit, kenaikan kos penghantaran antarabangsa, dan faktor bekalan.

Jadinya, Harga jagung meningkat lebih 100% manakala harga kacang soya meningkat lebih 30%. Harga gandum juga turut meningkat. Semua ini, bahan-bahan yang menjadi kandungan utama dedak.

Kesemua bahan ini merupakan bahan yang diimport. Sebelum anda tanya, mengapa makanan ayam diimport, ini ceritanya. Dedak bagi ayam dihasilkan dengan tepat supaya ayam cukup nutrien supaya boleh membesar dengan maksima dan efisien dalam tempoh ditetapkan.

Paling penting, dedak mestilah makanan yang ayam suka makan. Baka-baka ayam ini kebanyakannya baka-baka import Seperti COBB, ROSS, Indian River. Ayam-ayam ini bukan makan jagung manis Cameron Highlands.

Ayam-ayam ternakan makan jagung bijirin yang tidak ditanam secara meluas di Malaysia di mana bahan-bahan ini Malaysia import dengan kadar lebih 3.9 juta metrik tan jagung bijirin. Soya pula diimport lebih 1.4 juta metrik tan setahun. Boleh kita hasilkan sebanyak tu? Boleh.

Dalam erti kata lain, bila bahan-bahan mentah ini naik harga, harga dedak meningkat. Daripada RM80/50kg kepada RM120/50kg iaitu peningkatan lebih 50%.

Bila meningkat, kos ternakan meningkat dan seperti biasa, logiknya, harga ayam meningkat dan itulah yang berlaku, sehingga 4 Disember 2021.

Harga kawalan ditetapkan pada RM9.30. Tanpa kawalan harga/subsidi kepada dedak. Sebenarnya, pengilang dedak, penternak dah lama menyerap kenaikan harga, supaya harga kepada pengguna tidak terlalu membebankan.

Bila harga kawalan ditetapkan, penternak ayam bukan kurang untung, kami rugi. Jadi kami penternak kurangkan kemasukan ayam di ladang supaya kerugian dapat dikurangkan. Jadi sebab itulah ayam kurang.

Tiada k0nspirasi, tiada agenda, hanya penternak nak meneruskan kelangsungan hidup. Kemudian, harga kawalan makin turun daripada RM9.10 kepada RM8.90. Terdapat jugak pihak yang menawarkan pada harga RM8.

Penternak makin tersepit dan ada yang sudah gulung tikar. Bukan anak ayam tiada atau bermasalah tetapi siapa yang nak ternak ayam bila rugi? Selepas penternak, ramai peniaga dan pekerja dalam industri ini akan juga kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.

Kami harap titik tengah dapat dicapai. Supaya industri ini dapat kekal, dan dalam masa yang sama pengguna dapat membeli makanan asas dalam harga mampu milik.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: The V0cket, Facebook

Be the first to comment on "Didkwa Harga Ayam Mahal Berikutan ‘Disorok’, Pengusaha Ini Jelaskan Isu Yang Berlaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*