“Bohonglah Jika Saya Tidak Bersedih” Aishah Dicerai Talak Satu Menerusi WhatsApp

 

KemeIut rumah tangga membabitkan penyanyi lagenda, Datuk Aishah akhirnya terjawab selepas beliau mengesahkan perceraiannya dan suami pada penghujung tahun lalu.

Menurut pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin, 57, dia diceraikan dengan talak satu menerusi mesej di aplikasi WhatsApp yang dihantar pada 25 Disember 2021.

“Segala-galanya sudah selesai apabila saya diceraikan talak satu menerusi mesej pada 25 Disember lalu.

“Bohonglah, jika saya tidak bersedih dengan pengakhiran yang berlaku. Saya bukannya robot,” katanya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Memetik laporan Berita Harian, pelantun lagu Janji Manismu ini menyifatkan sabar dan kuat adalah kunci utama untuk terus bergerak ke hadapan.

“Bagi saya kalau rasa sedih menangis sahaja. Tidak perlu tahan kerana saya juga manusia biasa.

“Apa yang penting perlu kembali kuat dan move on,” jelasnya.

Terdahulu, Aishah dilaporkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan bekas suaminya pada 5 November lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Xtra

Be the first to comment on "“Bohonglah Jika Saya Tidak Bersedih” Aishah Dicerai Talak Satu Menerusi WhatsApp"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*