Banjir Di Kelantan Dan Terengganu

Jumlah mngsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Kelantan, mencatatkan peningkatan, malam tadi.

Di Terengganu, jumlah mngsa banjir meningkat kepada 1,237 orang membabitkan 339 keluarga setakat 10 malam tadi, berbanding 975 orang daripada 269 keluarga, pada petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bncana Negeri dalam satu kenyataan, memaklumkan 22 PPS beroperasi malam tadi iaitu 12 di Kemaman, empat di Setiu dan masing-masing tiga di Hulu Terengganu dan Besut.

Di Kelantan, mngsa banjir di Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli, meningkat kepada 400 orang daripada 113 keluarga setakat 9 malam tadi berbanding 52 orang daripada 17 keluarga, petang semalam.

Aplikasi Info Bncana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) memaklumkan sebanyak 11 PPS dibuka melibatkan masing-masing empat di Kuala Krai dan Tanah Merah manakala tiga di Jeli.

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan lima sungai utama di Kelantan berada pada pasungahaya iaitu Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli merekodkan bacaan 29.75 meter (m), Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai (40.31m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (26.38m), Sungai Kelantan di Temangan, Machang (18.87m) dan Kampung Sungai Nal di Kuala Krai (25.01m).

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan sistem cuaca tekanan rendah dijangka melanda sempadan negeri Pahang dan Terengganu hari ini, dan seterusnya bergerak ke barat laut merentasi Semenanjung yang boleh menyebabkan hujan lebat berterusan dan angin kencang.

Hujan lebat dan angin kencang berkenaan dijangka berlaku di kebanyakan kawasan di Semenanjung sehingga 26 Feb, namun ramalan terkini menunjukkan kemungkinan sistem cuaca tekanan rendah itu untuk meningkat ke tahap Lekukan Tropika adalah rendah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MYKMU, FMT

Be the first to comment on "Banjir Di Kelantan Dan Terengganu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*