4 Hari Terprangkap Dalam Lubang, Rayan Disahkan MeninggaI Dunia

Seorang kanak-kanak Maghribi berusia 5 tahun yang terprangkap di dalam lubang sejak Selasa lalu dilaporkan telah meninggaI dunia walaupun usaha menyelamat giat dijalankan tanpa henti. Berita kemat!an Rayan Oram itu disahkan Istana Diraja Maghribi pada Sabtu.

Kanak-kanak terbabit mendapat liputan antarabangsa selepas terjat0h ke dalam perigi sedalam 32 meter yang sempit di Kampung Ighran, di wilayah Chefchaouen. Kerja-kerja menyelamat menjadi sukar selepas faktor tanah runt0h dan mendap perlu diambil kira sebelum Rayan dapat diselamatkan.

 

Terdahulu, pasukan penyelamat Maghribi dilaporkan berjaya menemui budak lelaki itu di dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter.

Kejayaan itu menerima sorakan dan rasa syukur daripada penduduk setempat yang pada ketika itu tidak mengetahui status sebenar keadaan Rayan. Rayan kemudiannya disahkan meninggaI dunia.

 

“Merujuk kepada lnsiden kemaIangan yang melibatkan nyawa kanak-kanak bernama Rayan Oram, Raja Maghribi Raja Mohammed VI telah membuat panggilan telefon kepada keluarga mngsa dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyrham Rayan atas pemergiannya,” kenyataan daripada pihak istana.

Warganet yang tanpa henti menantikan perkembangan adik Rayan di media sosial turut menzahirkan rasa sedih dan ucapan takziah buat keluarga Rayan menerusi hashtag #SaveRayan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: The Vocket

Be the first to comment on "4 Hari Terprangkap Dalam Lubang, Rayan Disahkan MeninggaI Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*