Tak pakai mask… influencer dik0mpaun RM1,500 selepas malvkan warga tua di pusat gelandang4n

TIDAK lama selepas video dia meninggikan suara kepada seorang warga emas tersebar, usahawan yang juga influencer media sosial, Carl Samsudin dikenakan k0mpaun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka ketika menyampaikan ceramah di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, k0mpaun terhadap pengasas dan pemilik butik Bella Ammara itu dikeluarkan pada Rabu.

“Berdasarkan kepada sias4tan yang dijalankan, didapati kejadian tersebut berlaku pada 27 Julai 2021 pukul 11.30 pagi sewaktu individu tersebut sedang menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘Ubah Hidup’ kepada 20 orang gelandang4n di pusat transit tersebut.

“Pada 28 Julai 2021 pukul 5.20 petang individu dalam video tersebut telah dipanggil ke IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan berkaitan insiden di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Jalan Pahang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohamad Zainal berkata, kompaun tersebut dikeluarkan mengikut peraturan 17 (1) Peraturan-peraturan Penceg4han dan Pengawalan Penyakit Berjangk1t (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangk1tan)(Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Beliau juga menasihati orang ramai supaya terus mematuhi yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha memutuskan ranta1an C0v1d-19.

Terdahulu menerusi video pendek berdurasi 49 saat itu, Carl dilihat meninggikan suara terhadap seorang gelandangan warga emas ketika menyampaikan ceramah.

“Masa muda dahulu, menyesal tak buat betul-betul? Masa muda dahulu menyes4 tak banyak main? Korang bila tua nanti baru nak menyes4l ke?”

“Pernah tak you all wish one day, tak kisah la agama you pray to God, ‘God show me the way how I want to change my life’. Pernah tak?” demikian kedengaran suaranya dalam nada yang tinggi.

Video berkenaan dikatakan dimuat naik sendiri oleh usahawan tersebut di Insta Story akaun peribadi miliknya sebelum dipad4m, namun sempat disimpan oleh netizen.

Susulan penularan video tersebut, Carl bukan sahaja menerima kecam4n hebat netizen, malah beberapa selebriti tempatan juga terbuka menegvr sikapnya yang disifatkan sangat biad4b.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

 

Be the first to comment on "Tak pakai mask… influencer dik0mpaun RM1,500 selepas malvkan warga tua di pusat gelandang4n"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*