“Tak Hirau Penat, Sedang Bertugas Urvs Jen4zah Pes4kit C0vid-19,” Angg0ta APM Semp4t Lagi Sel4matkan Kucing Tersepit

BERTUGAS tanpa mengira waktu!

Begitulah kisah kegigihan sekumpulan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Johor yang menyelamatkan seekor kucing pada Ahad.

Menerusi kejadian di Kota Tinggi, Johor, mereka bersama pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang bertugas untuk menguruskan pengebumian jenazah pesakit Covid-19.

Namun ketika menunggu jenazah yang dibawa dari Hospital Sultanah Aminah ke sebuah tanah perkuburan di daerah itu tiba, mereka sempat membantu mengeluarkan kucing liar yang terperangkap dalam absorber sebuah kereta.

Kisah kejadian singkat itu diceritakan kepada mStar oleh Nor Rasidee Samsuri, Pembantu Awam Pejabat Kesihatan Kota Tinggi yang turut berkongsi video kejadian menerusi TikTok miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kami yang bertugas urus jenazah pesakit Covid-19 sama-sama sedang tunggu jenazah dari Hospital Sultanah Aminah untuk dibawa ke sebuah tanah perkuburan. Masa tu team KKM ada lima orang, APM pula ada empat orang.

“Kami memang dah lama menunggu tepi jalan di situ, berhampiran sebuah sekatan jalan raya (SJR). Kemudian nampak sebuah Perodua Alza biru di situ.

Rasidee antara petugas barisan hadapan yang terlibat dalam pengebumian jenazah Covid-19.

“Ada pula seekor kucing terperangkap dalam absorber. Jadi sempatlah pegawai APM bantu keluarkan kucing, ambil masa dalam 10 minit juga.

“Kucing liar rasanya, agak garang juga kucing tu,” ujarnya yang mesra disapa Rasidee.

 

Dalam berpeluh pakai PPE, menitis air mata sebab sedih.

RASIDEE

 

Selesai mengeluarkan kucing itu, mereka kemudiannya berangkat ke sebuah tanah perkuburan untuk mengebumikan jenazah pesakit Covid-19 pada hari berkenaan.

Menurut jejaka berusia 29 tahun itu, jumlah kematian saban hari tidak menentu, malah dia juga sudah terbiasa dengan tugas itu sejak pandemik melanda lebih setahun lalu.

“Kesibukan tak menentu. Bagi saya yang dah terlibat agak lama, kita dah rasa terbiasa. Kalau bab pakai pakaian perlindungan lengkap (PPE) pula, sejujurnya memang panas. Tapi dah terbiasa.

Imbas Rasidee, dia pernah menitis air mata ketika menguruskan jenazah pesakit Covid-19.

“Saya bukan sahaja terlibat dengan proses pengebumian. Persampelan dan vaksinasi pun saya terlibat juga,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Rasidee juga sempat menitipkan pesan kepada rakyat negara ini agar patuh prosedur operasi standard (SOP) demi mencegah penularan wabak bahaya itu.

Tambah Rasidee lagi, dia kadang-kala menitis air mata ketika menyempurnakan proses pengebumian kerana sedih memikirkan ahli keluarga yang tidak dapat menatap jenazah buat kali terakhir.

“Saya sendiri, dalam berpeluh pakai PPE, menitis air mata sebab sedih. Walaupun jenazah itu bukan ahli keluarga sendiri.

Rasidee berkongsi video APM menyelamatkan kucing kepada mStar menerusi Instagram pada Ahad.

“Bila dah kena Covid-19, keluarga pun tak dapat tengok. Pesan saya, jaga SOP dan dapatkan suntikan vaksin,” ujarnya lagi.

Kisah itu mendapat perhatian selepas Rasidee berkongsi video menerusi Instagram mStar pada Ahad sebelum temubual dijalankan pada hari sama.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

Be the first to comment on "“Tak Hirau Penat, Sedang Bertugas Urvs Jen4zah Pes4kit C0vid-19,” Angg0ta APM Semp4t Lagi Sel4matkan Kucing Tersepit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*